Anugerah Portal Dan Laman Web Kerajaan Malaysia Latar Belakang Anugerah Penilaian telah dimulakan sejak tahun 2005. Seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia, pengurusan laman web kerajaan yang baik dijadikan salah satu kayu pengukur untuk kedudukan E-Kerajaan Malaysia dengan negara lain. Penilaian dilaksanakan dengan kerjasama MAMPU dan MDeC. Semenjak ia dimulakan, laman web jabatan kerajaan Selangor semakin diurus dengan baik dengan memberikan maklumat-maklumat terkini dengan susun atur yang sesuai untuk semua golongan pengguna selaras dengan kriteria antarabangsa. **Keputusan telah dikeluarkan pada bulan April 2015 dengan melibatkan penilaian terhadap portal dan laman web sektor awam seluruh Malaysia. ![]() |
Kemaskini pada 2022-11-23 14:18:45 daripada Administrator