Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

MBJ PDTKS

 

      

MAJLIS BERSAMA JABATAN PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

 
1) PENGENALAN
Majlis adalah dikenali sebagai Majlis Jabatan bagi Pekerja-Pekerja di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor. 


2) TUJUAN
Tujuan Penubuhan Majlis adalah untuk mewujudkan hubungan kerjasama melalui perbincangan di antara pihak pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah/Tanah KualaSelangor.

3) BIDANG DAN FUNGSI
Bidang dan fungsi majlis hendaklah tertumpu kepada perkara-perkara yang termasuk dalam bidang kuasanya seperti berikut :-

3.1)

Membincangkan dan memutuskan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada hubungkait dengan Pentadbiran yang berkenaan. Perbincangan hendaklah menyentuh perkara-perkara am dan tidak kepada perkara-perkara yang melibatkan pekerja individu.

3.2)

Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai tugas-tugas kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat tugas sebagaimana yang ditetapkan.

3.3)

Membolehkan pihak pegawai mengemukakan sebarang cadangan perubahan atau makluman mengenai perkembangan-perkembangan baru untuk mendapat ulasan dan pandangan pihak pekerja sebelum dilaksanakan atau dibawa untuk keputusan Pihak Kerajaan kecuali melibatkan dasar atau peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

3.4)

Menggalakkan kakitangan mengambil bahagian dalam perbincangan untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih mengenai pengurusan Jabatan.
3.5)

Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan organisasi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan bekerja dan kebajikan Pegawai dan Kakitangan.


4) KEAHLIAN

** Majlis Bersama Jabatan bagi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor adalah terdiri daripada 17 orang ahli yang mengandungi :-

4.1)

9 orang Pihak Pegawai; dan

4.2)

13 orang Pihak Pekerja

 






** Ahli-ahli Pihak Pegawai terdiri daripada Pegawai-Pegawai Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Selangor yang dilantik atas nama jawatan masing-masing oleh Pegawai Daerah Kuala Selangor.
** Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada Kakitangan Kerajaan di dalam Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor yang menjadi Ahli Kesatuan-Kesatuan Sekerja dan Persatuan-Persatuan Kakitangan yang dipilih Konvensyen 2 tahun sekali oleh wakil-wakil Kesatuan dan Persatuan di dalam kumpulan masing-masing atau pekerja-pekerja yang berkhidmat di dalam Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor.
** Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Kesatuan yang diwakilinya atau pekerja-pekerja yang mewakili kumpulannya.

5) PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS

** Pegawai-Pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada yang dipilih oleh Pihak Pekerja dan beliau juga Pengerusi kepada Pihak Pekerja. Bagi mana-mana mesyuarat yang telah dipanggil tetapi tidak dapat dihadiri oleh Pegawai Daerah, tugas Pengerusi adalah di ambil alih Ketua Penolong Pegawai Daerah(Bahagian Tanah) atau Ketua Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan) atau Ketua Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Khidmat Pengurusan).
** Kedua-dua pihak dalam majlis hendaklah melantik seorang daripada ahlinya untuk memenuhi jawatan Setiausaha Bersama.
** Mesyuarat Majlis boleh diadakan bila-bila masa dengan dipanggil oleh Pengerusi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
** Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada 14 hari sebelum tarikh mesyuarat.
** Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam agenda hanya boleh dimasukkan dengan kebenaran Pengerusi dan persetujuan Naib Pengerusi.
** Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan oleh mana-mana pihak tertakluk kepada persetujuan Pengerusi dan tarikh mesyuarat tersebut diumumkan oleh Setiausaha Pihak Pegawai.
** Koram bagi mesyuarat Majlis hendaklah tidak kurang daripada 4 orang ahli Pihak Pekerja.

    ** Majlis boleh melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli atau pegawai awam lain yang mempunyai kelayakan atau pengalaman, atau kedua-duanya, untuk membantu Jawatankuasa menyempurnakan tugas yang diberikan kepadanya.

6) KEPUTUSAN

    ** Segala keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan diantara kedua-dua belah pihak. 

    ** Keputusan yang telah dicapai jika tidak berhubungkait dengan Jabatan-Jabatan lain atau tidak selaras dengan dasar atau peraturan kerajaan boleh dilaksanakan terus oleh Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor. Bagi keputusan yang ada kaitan dengan dasar atau peraturan kerajaan atau pun dengan jabatan-jabatan lain, ianya hendaklah dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, atau Jabatan Perkhidmatan Awam, atau Jabatan-Jabatan, mana yang berkenaan.

7) PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN

    ** Perlembagaan Majlis boleh dipinda di mana-mana satu mesyuarat Majlis. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada Ahli-Ahli Majlis sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. Segala pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan ke Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atau Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipersetujui dan diluluskan.

 

MBJ I Senarai Perwakilan Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja  I Soalan Lazim (FAQ) I

 
       

 


Kemaskini pada 2022-11-23 14:13:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page