Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

PERHIMPUNAN PAGI PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGOR BULAN MEI 2009

 


 

 

  

PERHIMPUNAN PAGI PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGOR BULAN MEI 2009

 

image

image

Kuala Selangor, 28 Mei 2009 (Khamis) - Satu majlis perhimpunan pagi bersama warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor telah diadakan di Perkarangan Lobi PDKS. Perhimpunan bermula jam 8.00 pagi yang telah dipengerusikan oleh Unit Pelupusan Tanah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, bacaan ikrar dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor serta lagu Selangor Bergerak Maju oleh semua kakitangan Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor.

Seterusnya, Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan ucapan rasmi dimana beliau telah mengingatkan kepada seluruh warga kerja PDKS bahawa Daerah Kuala Selangor telah menghadapi beberapa isu utama iaitu tentang kemusnahan habitat kelip-kelip, pencemaran bau daripada penternakan ayam dan kecurian pasir. Dalam ucapan tersebut, beliau juga ada menyentuh tentang Wabak Penyakit Influenza H1N1 yang semakin menular di Malaysia walaupun berada di tahap yang terkawal. Sebelum mengakhiri ucapan, Tuan Pegawai Daerah telah memperkenalkan dua orang Penolong Pegawai Daerah yang baru iaitu Cik Yap Lay Hoon serta Cik Dyani Letisya bte Abdull Razak dan beliau juga berbesar hati menerima kedatangan kedua-dua Penolong Pegawai Daerah tersebut ke Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor.

image

image


Semua warga kerja PDKS dijemput untuk menjamu selera dan majlis berakhir pada pukul 9.30 pg.

 

image image
 
  

Kemaskini pada 2016-11-23 17:36:44 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page