Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

PERHIMPUNAN BULAN JULAI 2009



 
    

PERHIMPUNAN PAGI PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR BULAN JULAI 2009

Kuala Selangor : 29 Julai 2009 (Rabu) - Satu majlis perhimpunan pagi bersama warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor telah diadakan di perkarangan lobi PDKS. Perhimpunan tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dimana ia telah dihoskan oleh Bahagian Pembangunan Masyarakat. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Selangor Bergerak Maju. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar dan dikuti dengan bacaan doa. Kemudian, sedikit taklimat mengenai wabak Influenza H1N1 (Selesema Babi) telah disampaikan oleh En. Faizal Bin Abd Raji selaku Ketua Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan). Dalam taklimat tersebut, beliau memberitahu bahawa penyakit tersebut telah merebak didalam komuniti dan di jangka bahawa 8 juta orang akan dijangkiti oleh penyakit tersebut. Mengikut statistik yang telah di nyatakan, sebanyak 40% yang telah dijangkiti  wabak ini adalah dari Kaum Melayu dan diikuti dengan Kaum Cina serta Kaum India. Antara kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti penularan wabak ini adalah sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam. Majlis di teruskan lagi dengan ucapan rasmi Tuan Pegawai Daerah iaitu Tuan Hj Mohd Misri Bin Hj Idris. Pada ucapan tersebut, beliau ada menyentuh beberapa perkara penting yang perlu dikongs bersama kakitangan PDKS iaitu:

1) Penularan wabak Influenza H1N1 dimana terdapat 3 buah sekolah di daerah Kuala Selangor yang telah ditutup iaitu Sek. Keb. Saujana, Sek. Men. Sains,Kuala Selangor dan Sek. Men. Teknik Bestari Jaya.

2) Ketua Audit Negara akan mengadakan audit/semakan dan meminta pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri untuk menjadi saksi dalam siasatan Peruntukan ADUN.

3) Pertukaran dalaman yang akan diadakan pada awal bulan Oktober.

4) Lawatan APPc ke Pejabat Daerah/Tanah telah pun bermula pada 29/07/2009 dimana lawatan APPC ke PDKS telah ditetapkan pada 5/08/2009. Sehubungan dengan itu, Tuan Pegawai Daerah meminta agar semua pegawai dan kakitangan PDKS dapat memberikan kerjasama sepanjang lawatan tersebut diadakan.

5) Mystery Shopping.

6) Pengambilan balik tanah di Api-Api dan di Tanjong Beluntas.

Sebelum mengkahiri ucapan, beliau juga telah mengucapkan tahniah kepada EN. Kamarozaman Nekmat diatas pelantikan tetap bagi jawatan yang disandang. Majlis berakhir pada jam 9.15 pagi.

 

image image
image image
 
 
    

Kemaskini pada 2013-10-24 11:19:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page