MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PERJUMPAAN HARI RAYA AIDILFITRI PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR Kuala Selangor, 17 September 2009 (Khamis), Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 3, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor pada jam 8.30 pagi. Semua warga PDKS menghadiri majlis tersebut dan seramai 22 orang pegawai telah dipilih bagi menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Tn Hj Mohd Misri bin Hj Idris. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada semua wargakerja Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Tn Hj Mohd Misri bin Hj Idris.
|
Kemaskini pada 2016-11-11 17:28:26 daripada Vox Administrator