Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

MAJLIS BERBUKA PUASA KAMPUNG KUANTAN 2011



 
     

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID JAMIUL MUHAMMADIAH, KAMPUNG KUANTAN , KUALA SELANGOR

Kuala Selangor : 15 Ogos 2011 bersamaan 15 Syawal 1430 hijrah (Isnin) : Majlis Berbuka Puasa bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah diadakan di Masjid Jamiul Muhammadiah, Kampung Kuantan Kuala Selangor. Majlis bermula pada jam 5.30petang dimana tetamu-tetamu VVIP tiba dan diikuti ketibaan tuanku disambut oleh Datuk Menteri Besar Selangor Dato Tan Sri Khalid Bin Ibrahim, Pegawai-pegawai Kanan dan Penduduk kampung didaerah Kuala Selangor. Acara dimulakan dengan pemberian sumbangan kepada 400 orang yang terdiri pada anak-anak yatim, fakir miskin, saudara-saudara baru (mualaf) dan ibu tunggal. Kemudian Tuan Haji Mohd Misri Bin Haji Idris, selaku Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan ucapan aluan kepada DYMM Sultan dan diikuti dengan bacaan doa. Pada jam 7.29malam semua tetamu jemputan berbuka puasa bersama-sama dan majlis berakhir jam 11.00malam selepas solat isyak dan tarawih di Masjid tersebut.

    

Kemaskini pada 2013-10-23 18:34:26 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page