PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING DENGAN PEJABAT DAERAH/TANAH KUANTAN,PAHANG Kuantan,Pahang. 15 - 16 Januari 2010 (Jumaat dan Sabtu) - Satu Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan Bola Jaring dengan Pejabat Daerah/Tanah Kuantan bertempat di Kompleks Sukan Belia Negeri Pahang. Perlawanan tersebut dirasmikan oleh Pegawai Daerah Pejabat Daerah/Tanah Kuantan Pahang iaitu YB. Dato Hajah Mariam Bt Ismail. Seterusnya ucapan dari wakil Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor, Encik Husin Bin Hj Idris. Tujuan perlawanan ini untuk merapatkan hubungan antara kedua-duanya. Perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring bermula pada pukul 5.00 sehingga jam 7malam. Seramai 11 pemain yang menyertai perlawanan bola jaring dan seramai 17 pemain bagi perlawananbola sepak. Diakhir perlawanan, keseluruhan jumlah mata bola jaring yang dipungut adalah PDKS : 24 vs PDK : 9. Manakala Bola Sepak pula adalah PDKS :1 vs PDK : 0 .Para pemain diberi penginapan di Homestay Indera Mahkota.
|
Kemaskini pada 2013-10-23 16:15:43 daripada Administrator