|
PROGRAM "JUMBLE SALE", SUKANEKA DAN SLOT KESEDARAN PENGGUNA
|
Tanjong Karang , 7 Ogos 2010 (Sabtu) - Satu Program "JUMBLE SALE" Sukaneka dan Slot Kesedaran Penggunaan anjuran bersama PUSPANITA Cawangan Kuala Selangor dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Penggunaan Daerah Kuala Selangor telah diadakan di Padang Astaka Dewan Dato' Hormat, Tanjong Karang. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Shahariah Binti Hashim iaitu Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor.
Objektif program ini adalah untuk :
1) 'Jumble Sale' - mengumpul dana tabung PUSPANITA Daerah Kuala Selangor
2) Sukaneka - mengeratkan lagi silaturahim antara ahli-ahli PUSPANITA, keluarga dan masyarakat Selangor.
3) Slot Ceramah Kesedaran Pengguna - menerangkan tentang penggunaan gula dalam kehidupan dan cara-cara mengamalkan kehidupan yang lebih sihat.
Seramai lebih kurang 300 orang yang hadir termasik 100 orang kanak-kanak tadika yang telah menyertai program ini dalam acara mewarna, pertandingan karaoke di mana salah seorang dijurikan oleh Puan Siti Hajjar. Progaram tersebut berakhir kira-kira jam 4.30 petang.
|
|
|
|
|
|
Kemaskini pada 2014-04-23 15:32:29 daripada Administrator