Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5 Dan Sambutan Jubli Perak Puspanita Cawangan Daerah Kuala Selangor



 
      

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 25 DAN SAMBUTAN JUBLI PERAK PUSPANITA CAWANGAN DAERAH KUALA SELANGOR

Kuala Selangor, 17 Mac 2010 (Rabu) -  PUSPANITA  Cawangan Daerah Kuala Selangor telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 25 Dan Sambutan Jubli Perak di Dewan Sri Siantan, Majlis Daerah Kuala Selangor bermula jam 8.30 pagi. Mesyuarat Agung Tahunan ini dipengerusikan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Kuala Selangor iaitu Puan Hajah Roslina Binti Mohd Said. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 219 orang ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Daerah Kuala Selangor. Mesyuarat kali ini melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi tahun 2010-2012. Mesyuarat ini ditangguhkan jam 11.30 pagi dan seterusnya diadakan Majlis Sambutan Jubli Perak (25 Tahun) PUSPANITA Cawangan Daerah Kuala Selangor.

    Majlis Penutup Mesyuarat Agung dan Sambutan Jubli Perak ini dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor,Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Yang Berbahagia Datin Hariani Binti Jaffar, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Kuala Selangor, Mantan-Mantan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Kuala Selangor, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PUSPANITA dari lain-lain Daerah dan ahli-ahli PUSPANITA Cawangan daerah Kuala Selangor.

    Majlis bermula dengan ucapan Puan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Kuala Selangor dan seterusnya ucapan Perasmian Penutup Mesyuarat Agung dan Sambutan Jubli Perak oleh Yang Berbahagia Datin Hariani Binti Jaffar, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Negeri Selangor.
Acara sempena majlis ini ialah pelancaran Facebook PUSPANITA Daerah Kuala Selangor, acara Pertandingan Masakan Kerabu, Pertandingan Menghias Kek dan Pertandingan Menjahit Manik. Seterusnya ialah penyampaian hadiah dan sijil bagi Kecermerlangan pelajar UPSR, PMR dan SPM, penyampaian hadiah-hadiah pertandingan dan cabutan nombor bertuah juga pemeriksaan kesihatan.

   Majlis berakhir dengan jamuan makan tengah hari diiringi persembahan oleh Pancaragam Blue Tuner dari Majlis Daerah Kuala Selangor pada jam 1.00 tengah hari.

 

 image   image
 image   image
 image  image
 
     

Kemaskini pada 2013-10-22 08:16:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page