Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Mesyuarat Agong Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor Bagi Sesi 2012/2013

 

MESYUARAT AGONG KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR BAGI SESI 2012/2013

 

 

Kuala Selangor , 29 hb Mac 2012 (Khamis) - Satu Mesyuarat Tahunan Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor sesi 2012/2013 telah diadakan di Bilik Gerakkan, Tingkat 3, PDKS. Sesi pendaftaran serta penyerahan cenderahati kepada ahli-ahli kelab telah dimulakan pada jam 8.30 pagi. Kemudian mesyuarat tersebut diteruskan dengan bacaan Doa Selamat oleh penghulu Tg. Karang 2 iaitu En. Shahrul Affendi dan seterusnya diikuti ucapan aluan yang disampaikan oleh Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan PDKS iaitu En. Mohd Khairuddin bin Mat Som. Kemudian ucapan perasmian telah disampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah iaitu Dato' Hj Mohd Misri bin Hj Idris juga selaku Penasihat Kelab Kebajikan dan Sukan PDKS.

 

 

image image image
image  image image

 

Pada ucapan tersebut, beliau ada memesan agar pelantikan ahli jawatankuasa yang baru haruslah dilantik dengan cara yang betul dan tepat agar tiada sebarang kekecohan yang berlaku. Tepat jam 10.30 pagi mesyuarat dimulakan dengan sedikit perutusan pengerusi dan makluman mengenai jumlah kehadiran yng memberangsangkan berbanding mesyuarat agong yang lepas. Dalam mesyuarat tersebut, beliau memaklumkan mengenai :

 

  1. Pelantikan Ahli Jawatankuasa yang baru bagi sesi 2012/2013.
  2. Membincangkan cadangan dan isu-isu berbangkit.
  3. Membentangkan penyata kewangan tahunan kelab, cadangan kerja tahunan 2011/2012
  4. Meluluskan pindaan undang-undang kelab dan
  5. Pembentangan usul-usul baru

 

image image image
image  image image

 

Terdapat aktiviti lucky draw / cabutan bertuah yang telah diadakan untuk memeriahkan lagi mesyuarat tersebut di mana sebanyak 20 buah hamper dan sebuah peti sejuk telah disumbangkan oleh kelab tersebut. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari dah semua yang hadir dijemput untuk menjamu selera.

 

 

image image image
image  image image
 
 
 

Kemaskini pada 2013-10-21 12:39:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page