Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : 42 PATI menyorok dalam lori dicekup

Wartawan Sinar Online II  8 DISEMBER 2021

 
       

KUALA SELANGOR -  Seramai 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang menyorok dalam sebuah lori berpenutup penuh ditahan polis di tepi jalan besar Parit 3, Sungai Burong pada Khamis.


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, semua PATI berusia lingkungan 40-an ditahan pada jam 2 pagi ketika baru sahaja mendarat dengan mengikut jalan tidak diwartakan.

 

"Dalam operasi ini, kami menahan 34 lelaki dan lapan wanita. Mereka dibawa menaiki sebuah lori yang disyaki berada di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Bagaimanapun katanya, pemandu lori melarikan diri dan polis merampas kenderaan terbabit.

 

"Semua Pati dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk siasatan lanjut.

 

"Kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Atipsom)," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/175659/BERITA/Semasa/42-PATI-menyorok-dalam-lori-dicekup
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2021-12-08 15:27:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page