Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Jelajah Selangor Bekerja 2021 tawar 3,000 peluang pekerjaan

Wartawan Sinar Online II  25 OKTOBER  2021

 
       

SHAH ALAM -Jelajah Selangor Bekerja 2021 Siri Pertama yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pada Sabtu menawarkan sebanyak 3,000 peluang pekerjaan meliputi pelbagai sektor dan industri.

 

Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, sehingga kini, program itu telah menerima hampir 10,000 pendaftaran menerusi portal rasmi Jelajah Selangor Bekerja 2021.

 

Beliau berkata, antara sektor pekerjaan yang ditawarkan dalam program berkenaan adalah meliputi aeroangkasa, perkhidmatan, pembuatan, pemakanan dan beberapa lagi.


"Siri pertama jelajah ini melibatkan lebih 40 majikan dan syarikat seperti Proton Edar, Parkson Corporation Sdn Bhd, Ayamas Food Sdn Bhd dan lain-lain," katanya selepas meninjau penganjuran program berkenaan di sini pada Sabtu.

 

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, program berkenaan adalah berkonsepkan temu duga secara hybrid dan fizikal dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

 

Tambah beliau, temu duga secara terus hanya dibenarkan kepada mereka yang lengkap mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

 

"Siri kedua jelajah ini akan diadakan di Kuala Selangor dan orang ramai dijemput hadir," katanya.

 

Tambahnya, golongan belia dan individu yang mencari pekerjaan boleh mendaftar menerusi pautan www.selangorbekerja.com.my.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/168398/EDISI/Jelajah-Selangor-Bekerja-2021-tawar-3000-peluang-pekerjaan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 


Kemaskini pada 2021-10-25 11:02:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page