Wartawan Sinar Online II 15 SEPTEMBER 2021
SHAH ALAM - Pusat Borong GM Klang hanya membenarkan pengunjung yang sudah lengkap divaksin serta tidak bergejala untuk masuk ke dalam kompleksnya bermula Khamis, 16 September 2021.
Menurutnya, pelaksanaan itu adalah wajar dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di dalam kompleks tersebut yang merupakan tempat tertutup.
“Kami menjangkakan pengunjung bertambah apabila peratusan komuniti yang lengkap vaksinasi sudah meningkat kerana mereka perlu keluar untuk mendapatkan barangan keperluan dan menenangkan fikiran yang mungkin telah penat setelah beberapa bulan menghabiskan masa hanya di rumah sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Norsuhaida berkata, GM Klang turut meningkatkan keselamatan kompleks dengan kerja-kerja sanitasi yang lebih kerap terutama di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan.
“Sejajar dengan peralihan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Selangor pada 10 September lalu, banyak kedai yang dibuka di GM Klang apabila pelbagai kategori perniagaan yang telah dibenarkan beroperasi kembali, mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Ini membolehkan GM Klang dapat beroperasi sepenuhnya,” katanya.
|
Kemaskini pada 2021-09-15 11:12:51 daripada Administrator