Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Balingan umpan pertama bawa tuah

Wartawan Sinar Online II  01 MEI 2019

 
       

KUALA SELANGOR - Balingan pertama umpan membawa tuah kepada seorang pemandu lori apabila memenangi tempat pertama dan membawa pulang wang tunai RM70,000 pada Tourism Malaysia Surfcasting Tour A Journey To Visit Malaysia 2020 yang berlangsung di Pantai Remis, di sini semalam.Mat Yasin Arbaaim, 44, berkata, dia terkejut namun bersyukur.

 

“Memang saya tak jangka nak menang hari ini (semalam). Kalau nak ikutkan ini kali pertama saya menang walaupun dah empat kali sertai pertandingan memancing ini.

 

“Semasa balingan kalau nak diikutkan balingan pertama, tapi itulah dah namanya rezeki balingan pertama terus dapat ikan belukang lebih kurang sekilo lebih,” katanya ketika ditemui di Pantai Remis, di sini semalam.

 

 

Hadir sama, ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli; Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Acara Domestik, Mohd Nasir Kushairi dan Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor, Azman Dahlan.

 

Mat Yasin berkata, wang tunai diterimanya itu merupakan rezeki anak dan keluarganya.

 

Tourism Malaysia Surfcasting Tour A Journey To Visit Malaysia 2020 dianjurkan bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management untuk mempromosikan lokasi pelancongan menarik seluruh negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

 

Pertandingan memancing itu menawarkan hadiah wang tunai RM70,000 untuk juara, RM12,000 bagi tempat kedua dan pemenang tempat ketiga menerima RM5,000.

 

Pemenang tempat keempat membawa pulang wang tunai RM1,000, kelima menerima RM700 manakala keenam hingga ke-10 membawa pulang RM450.

 

 

Hadiah wang tunai RM300 turut disediakan bagi pemenang tempat ke-11 hingga 100.

 

Penganjur turut menyediakan sebuah televisyen LED 60 inci dan enam TV LED 32 inci, 20 hamper dan 10 barangan Igloo sebagai hadiah cabutan bertuah serta 1,000 t-shirt untuk peserta yang mendaftar awal.

 

Pengurus Wakjali Event Management, Md Zali Kasran berkata, pertandingan itu disertai lebih 1,600 peserta.


Kemaskini pada 2019-05-02 11:51:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page