Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : 'Sakitnya hanya ALLAH yang tahu'

Wartawan Sinar Online II  12 FEBRUARI 2019

 
       

TANJONG KARANG -   "Sakit hanya ALLAH saja yang tahu bila kena hempap dinding yang rebah selepas angin kuat," demikian luahan mangsa ribut, Abu Taib Daud, 78, di Blok EQWS Sawah Sempadan.

 

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu lebih kurang jam 6.30 petang sebelum dikejutkan dengan bunyi guruh yang kuat.

 

"Masa kejadian pakcik tak larat nak bangun dan sekelip mata angin kuat dengan hujan... tiba-tiba bumbung rumah hilang sekelip mata dan rebah dinding rumah.

 

"Pakcik tak sempat nak elak dan terkena bahu kiri، kepala dan tangan...anak-anak yang tolong angkat dinding dan habis semua lebam. Nasib baiklah masih bernafas lagi.

 

"Sekarang ni terpaksa tumpang rumah adik sebab rumah dah tak boleh duduk dah...tapi terima kasihlah Tan Sri Noh sudi datang jenguk kami sekeluarga," katanya.

 

Abu Taib yang juga bekas ketua kampung itu menjadi sebahagian mangsa ribut yang menjejaskan lebih 200 rumah di Dun Permatang dan Sungai Burong.

 

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar turut mengunjungi lebih 50 rumah mangsa ribut di Sawah Sempadan dan memberi sumbangan bagi meringankan beban.

 

Seorang lagi penduduk, Paisam Sardi, 58, berkata, dia tidak boleh menggambarkan perasaan takut ketika angin kuat menerbangkan kesemua bumbung rumahnya.

 

"Masa tu lepas solat Asar، nak rehat-rehat tapi masa tu memang hujan lebat dan angin kuat. Tapi tak sangka pula sampai bumbung terbang habis semua basah.

 

"Sebenarnya baru lepas kenduri nasib baiklah semua dah selesai tapi nak hadap rumah macam memang tak tahu nak cakap apa...harap-harap jangan hujan lagi," katanya kepada Sinar Harian.

 


Kemaskini pada 2019-02-12 09:02:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page