![]() Laman Web Rasmi
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGORcekap, telus dan mesra |
![]()
|
Wartawan Sinar Harian II 06 Februari 2025
KUALA SELANGOR - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam parit di Jalan masjid Kampung Sungai Tengi, Tanjong Karang di sini pada Rabu. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa dijumpai pada jarak 100 meter di timbunan rumput oleh anggota bomba dari lokasi kereta mangsa dilaporkan terjunam. Menurutnya, Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah membuat penyelaman pada jam 2.58 petang Rabu dengan jarak 50 meter. "Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. Ahmad Mukhlis memberitahu, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu selepas kereta jenis Hyundai Accent dipandu mangsa terjunam pada jam 5.56 pagi. Jelas beliau, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat kejadian. "Kereta terbabit berjaya dibawa naik pada jam 8.55 pagi dan didapati mangsa tiada di dalam kenderaan. "Mangsa ditemui berhampiran kenderaan pada sebelah petang," kata beliau. Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam parit di Jalan masjid Kampung Sungai Tengi, Tanjong Karang di sini pada Rabu. |