Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita :PNK, bekas pengurus besar didakwa seleweng diesel subsidi

Wartawan Berita Harian II  24 DISEMBER 2024

 
       

KUALA SELANGOR - Seorang wanita cedera pada leher dan lutut kiri apabila bergelut dengan peragut bermotosikal di tepi jalan sekitar Taman Pinggiran, Pasir Penambang di sini pada Sabtu.

KUALA SELANGOR - Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sungai Besar dan bekas Pengurus Besarnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan berkaitan penyelewengan minyak diesel bersubsidi lebih RM622,000 antara Februari dan Mac lalu.

Bagaimanapun, Fikri Mohd Khomari, 39, dan persatuan itu yang diwakili Pengerusinya, Hamdan Ujah, 65, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas 34 pertuduhan berasingan.

Kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Mengikut 17 pertuduhan, kedua-dua OKS itu didakwa tanpa lesen menjual secara borong barang kawalan iaitu minyak diesel antara 24,000 liter dan 21,840 liter kepada sebuah syarikat menurut resit rasmi PNK Sungai Besar.

Bagi 17 pertuduhan lain, pihak itu sebagai pemegang lesen runcit didakwa gagal menyelenggara buku stok yang tidak mengandungi maklumat nama dan alamat pembekal, harga belian, nama dan alamat pembeli, harga jualan barang kawalan bagi transaksi penjualan diesel.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di premis PNK Sungai Besar, Sabak Bernam pada 5 Mac lalu.

Kesalahan itu melibatkan sebanyak 382,080 liter diesel bernilai RM622,790.40 antara 2 Februari hingga 4 Mac tahun sama.

Sehubungan itu, dua OKS didakwa melanggar subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

 

Bagi syarikat atau persatuan itu, ia memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM2 juta dan maksimum RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Fikri yang juga penjawat awam pula berdepan denda maksimum RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kedua pula atau seterusnya memperuntukkan denda maksimum RM3 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Mohd Sophian Zakaria dan Mohammad Hakiim Izani menawarkan kos ikat jamin berjumlah RM200,000 kepada Fikri bagi semua pertuduhan manakala PNK Sungai Besar tiada dikenakan jaminan.

"Perkara ini merupakan perkara serius kerana melibatkan 34 pertuduhan lebih-lebih lagi minyak diesel itu sepatutnya diberikan kepada nelayan.

"Selain mengambil kira faktor kepentingan awam, ia memberi mesej kepada masyarakat bahawa aktiviti menyeleweng minyak bersubsidi perlu dihentikan," katanya.

Bagaimanapun, peguam Navin Punj yang mewakili Fikri memohon pengurangan kerana anak guamnya mempunyai tanggungan isteri, ibu dan tiga anak selain telah memberi kerjasama penuh sepanjang proses siasatan KPDN.

Peguam Mohaji Selamat mewakili PNK Sungai Besar pula memaklumkan menerima arahan untuk mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan.

Nurul Mardhiah kemudiannya membenarkan kos ikat jamin RM50,000 ke atas Fikri yang turut diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula kes serahan dokumen ditetapkan pada 23 Januari depan.

Media pada 9 Mac lalu melaporkan, KPDN berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan dalam satu serbuan di Sungai Besar.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, serbuan dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu ekoran premis berkenaan disyaki menjadi stor haram penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi nelayan.

Hasil pemeriksaan membawa kepada sitaan sejumlah 24,875 liter diesel dan peralatan bagi kegiatan penyelewengan selain menahan tiga lelaki tempatan berusia 30 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan.

Diterbitkan pada 24 December, 2024 Diterbitkan Oleh 1