Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Guru taska tukar pengakuan tidak bersalah cubit pipi, telinga bayi

Wartawan Berita Harian II  24 DISEMBER 2024

 
       

KUALA SELANGOR - Seorang guru taska yang didakwa mencubit pipi dan telinga bayi lelaki berusia 11 bulan menukar pengakuan di Mahkamah Sesyen Kuala Selangor di sini pada Selasa.

Tertuduh, Nur Suhadah Saharudin, 24, menukar pengakuan kepada tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan semula jurubahasa di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Nurul Mardhiah menetapkan 4 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Elyza Amira Habeeb Rahman, manakala tertuduh diwakili peguam, Harnidawati Awangku Ibrahim.

Pada 20 Disember lalu, Nur Suhadah membuat pengakuan bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang yang membuat keputusan menetapkan pada Selasa sebagai tarikh jatuh hukuman selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, Nur Suhadah didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah taska di Puncak Alam pada jam 6.15 petang, 13 Disember lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50, 000 atau kedua-duanya.

 

Diterbitkan pada 24 December, 2024 Diterbitkan Oleh 1