Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita :Wanita cedera di leher, lutut bergelut dengan peragut

Wartawan Berita Harian II  1 DISEMBER 2024

 
       

KUALA SELANGOR - Seorang wanita cedera pada leher dan lutut kiri apabila bergelut dengan peragut bermotosikal di tepi jalan sekitar Taman Pinggiran, Pasir Penambang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu, kira-kira jam 8.21 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita berusia 53 tahun itu menunggang motosikal sebelum dihampiri sebuah motosikal lain lalu terjatuh.

"Suspek lelaki itu kemudian meragut rantai leher dipakai mangsa dan melarikan diri manakala wanita terbabit mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sedang mempergiatkan usaha memburu suspek lelaki terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi satu minit 10 saat memaparkan seorang wanita terjatuh dari motosikalnya sebelum diragut suspek di depan kawasan rumah penduduk taman tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berdekatan.

 

Diterbitkan pada 3 December, 2024 Diterbitkan Oleh 1