Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : PKOB Kuala Selangor dibuka Khamis ini, persediaan hadapi fenomena air pasang besar

Wartawan Berita Harian II  17 OKTOBER 2024

 
       

KUALA SELANGOR - Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kuala Selangor akan dibuka Khamis ini, bagi persediaan fenomena air pasang besar kerana peralihan Monsun Timur Laut (MTL).

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan berkata, PKOB yang terletak di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor itu juga akan menggerakkan operasi di semua peringkat.

"Seperti yang sedia maklum, tiupan angin Monsun Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh mengakibatkan laut bergelora dan ombak besar di persisiran Pantai Barat Daya.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

 

Mohd Raiz yang juga Pegawai Daerah Kuala Selangor turut memaklumkan, pihaknya mengarahkan semua ketua jabatan dan agensi terbabit untuk memastikan PKOB diaktifkan di peringkat masing-masing.

 

"Ini bagi memudahkan operasi bantuan kepada semua golongan yang terkesan.

 

"Orang ramai dimohon untuk menghubungi PKOB di talian 03-32897632 atau WhatsApp Helpline Bencana PDT Kuala Selangor (011-16717100) untuk melaporkan bencana di kawasan masing-masing," katanya.

 

Dalam perkembangan sama, Mohd Raiz memaklumkan pengamal media yang mahu membuat liputan diwajibkan untuk mendaftar diri kepada Pegawai Pengurus Media Daerah Kuala Selangor yang beroperasi di PKOB.

"Mereka diwajibkan memakai atau menunjukkan pas media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia sepanjang membuat liputan. Nombor telefon yang perlu dihubungi adalah 012-4381432," katanya.

 

Diterbitkan pada 17 October, 2024 Diterbitkan Oleh Administrator