Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Selangor capai sasaran kutipan hasil RM2 bilion

Wartawan Sinar Harian II  22 OGOS  2023

 
       

SHAH ALAM-   Kerajaan Selangor merekodkan RM2 bilion kutipan hasil negeri setakat Jumaat minggu lalu sebagaimana telah dianggarkan dalam Belanjawan 2023.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya yakin jumlah itu terus meningkat dan tidak mustahil untuk mencapai sehingga RM2.5 bilion menjelang akhir tahun ini.

"Sehingga minggu lalu pada Jumaat kita telah mencapai sasaran RM2 bilion kutipan hasil sebagaimana yang telah dianggarkan dalam Belanjawan 2023.

“Kalau ikut trend semasa, sebenarnya pada bulan Ogos dan September, pilihan raya dan sebagainya mungkin dapat lebihan lebih baik sebagaimana pencapaian sebelum ini.

 

“Biasanya akan ada ‘surplus’ terutama pelabur-pelabur yang datang dan sebagainya, jadi saya boleh anggarkan minimum kita boleh dapat RM2.3 bilion hingga RM2.4 bilion tetapi untuk mencapai RM2.5 billion itu tidak mustahil,” katanya pada Selasa.

Beliau ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

 

Menteri Besar menambah, beliau bagaimanapun tidak mahu bercita-cita tinggi kerana urusan kutipan hasil mempunyai urutan yang tersendiri dan kebiasannya terhenti pada tahap-tahap tertentu.

"Jadi inilah yang kita kena tengok tapi keadaan sekarang ini RM2.3 bilion hingga RM2.4 bilion (kutipan hasil negeri) itu kerajaan negeri boleh dapatlah," tambahnya lagi.

 
-ADVERTISEMENT-
 
 
 

 

Diterbitkan pada 22 August, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator