Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

HEBAHAN PELAKSANAAN BANCI EKONOMI 2023 (BE 2023)

Jabatan Perangkaan Malaysia akan menjalankan Banci Ekonomi 2023 (BE 2023) bagi tahun rujukan 2022 mulai 1 April hingga 30 September 2023. Banci ini dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini syarikat perniagaan yang diperlukan oleh kerajaan dalam perancangan program ekonomi dan pemantauan keberkesanan polisi ekonomi di peringkat nasional.

 

Banci ini meliputi lima sektor ekonomi utama negara iaitu sektor Pertanian, Perlombongan & Pengkuarian, Pembuatan, Pembinaan dan Perkhidmatan. Maklumat yang dikumpul adalah mengikut peruntukan Akta Perangkaan, 1965 (Disemak-1989). Seksyen 5 di bawah Akta ini menghendaki mana-mana pertubuhan yang beroperasi di Malaysia untuk memberikan maklumat sebenar atau anggaran terbaik kepada Jabatan. Mengikut Akta ini, kandungan soal selidik pertubuhan/ individu yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini.

 

imageimage

Diterbitkan pada 2 January, 2024 Diterbitkan Oleh Administrator