Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Lima PATI ditahan ketika bersauh

Wartawan SINAR HARIAN II  05 JANUARI 2023

 
       

KUALA SELANGOR -   Hasrat dua pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk bekerja di negara ini tidak kesampaian apabila mereka ditahan pihak berkuasa dikedudukan 5.3 batu nautika barat daya Kuala Selangor pada Selasa.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, lelaki berusia 40 tahun dan seorang wanita 30 tahun itu ditahan pada jam 4.50 petang kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Menurutnya, dua penumpang terbabit ditemui semasa pasukannya melakukan pemeriksaan lanjut dalam bot berkenaan.

"Hasil soal siasat ke atas tekong bot kayu itu mendapati, mereka ingin menuju ke Pulau Angsa dari Tanjung Balai, Indonesia tetapi bersauh kerana mendakwa bot dinaiki mereka mengalami kerosakan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu Siva Kumar berkata, salah seorang PATI memberitahu, bayaran yang dikenakan bagi setiap perjalanan menyeludup masuk dengan cara itu ialah kira-kira RM 2,500 seorang.

Jelas beliau, turut ditahan seorang tekong dan dua kru warga Indonesia yang berumur antara 35 hingga 38 tahun selepas didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, bot dan kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau indah untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan serta permit masuk yang sah kepada penguat kuasa," jelas beliau.

 

Diterbitkan pada 5 January, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator