Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Pekerja syarikat kawalan keselamatan ditahan curi wang ATM

Wartawan Sinar Harian II  03 JANUARI 2023

 
       

KUALA SELANGOR-   Polis menahan seorang pekerja syarikat kawalan keselamatan selepas disyaki terbabit dalam kes curi wang daripada sebuah mesin wang automatik (ATM) di sebuah institusi pengajian di Bestari Jaya di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di kediamannya di Kundang pada jam 1.45 pagi.

"Suspek telah direman hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Ramli, kejadian itu disedari seorang rakan suspek yang membuat pembaikan kerosakan mesin ATM pada Ahad.

 

"Rakan suspek yang curiga kemudiannya membuat laporan polis jam 11.40 malam selepas mendapati satu seal casset bahagian bawah dan casset penolakan wang dalam keadaan terbuka dan tiada wang di dalamnya," ujar beliau.

 

 

Diterbitkan pada 4 January, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator