w3c logo
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 jata  jata2  

new_title_6

 

MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR & MAJLIS PERASMIAN DAN PELAKSANAAN

      

Kuala Selangor, 20 Mac 2012 (Selasa) - Satu Majlis Perhimpunan Pagi Bulan Mac 2012 serta Majlis Perasmian dan Pelancaran Skuad Prihatin PDKS telah diadakan di Perkaranagn Lobi, PDKS. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi itu telah dihoskan oleh Unit Pendaftaran Tanah. Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Selangor dan Selangor Bergerak Maju yang diiringi oleh kumpulan koir yang diketuai oleh En. Fareez Bin Mahat selaku Penolong Pegawai Daerah M41 (Pembangunan Fizikal). Kemudian diikuti dengan bacaan ikrar yang disampaikan oleh En. Fuat bin dan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Hj Wahid bin Salim. Majlis diteruskan lagi dengan penerangan mengenai 5s yang telah disampaikan oleh En. Mazlan bin Isnin @ Hj Abd. Rahman dan juga sedikit taklimat mengenai Program Khidmat Masyarakat yg di sampaikan oleh En. Khairul Azar bin Omar selaku Penolong Pegawai Daerah M41 Unit Pendaftaran Tanah. Kemudian, Tuan Pegawai Daerah juga telah menyampaikan sedikit amanat antaranya :

Program Terima Kasih Kepada Rakyat 4 Tahun Memerintah yang akan diadakan pada 24 dan 25 Mac 2012 (Sabtu dan Ahad) di Stadium Tertutup, Kuala Selangor.

Pada perhimpunan tersebut juga, satu Majlis Perasmian dan Pelancaran Skuad Prihatin PDKS telah diadakan dan dirasmikan oleh Dato' Haji Mohd Misri bin Hj Idris, Pegawai Daerah Kuala Selangor. Beliau telah menyampaikan topi kepada AJK Skuad Prihatin serta acara memotong riben sebagai simbolik kepada acara tersebut. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian sijil dan juga cenderahati kepada pemenang Mencipta Logo 5s anjuran Jawatankuasa 5S PDKS. Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh En. Anuar Bin Daruwan selaku Penolong Pegawai Tanah NT27 namun beliau tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana telah bertukar ke Pejabat Daerah/Sabak Bernam. Namun begitu sijil penghargaan beserta cenderati tersebut telah disampaikan kepada wakil pemenang iaitu En. Nasrul bin Faiz. Manakala peserta-peserta yang lain telah diberi sijil penyertaan sebagai penghargaan dalam penglibatan pertandingan tersebut

Sebelum menghakhiri perhimpunan, beberapa makluman telah disampaikan. Antaranya mengenai  Sumbangan Pakaian Terpakai Sempena Program 1 Helaian 1 Keceriaan anjuran Zon Gauts iaitu dari Unit Penguatkuasaan. Hasil dari sumbangan tersebut akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim dan mualaf yang terpilih di Daerah Kuala Selangor. Majlis berakhir jam 9.50 pagi dan semua wargakerja PDKS dijemput untuk menjamu selera.

image  image  image  image

image  image  image  image

image  image  image  image

image  image  image  image

    

Kemaskini pada 2016-11-14 15:59:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  footer

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR,

45000 Kuala Selangor

Telefon : 03-32891010 II Fax : 03-32892145 II E-mel : ksel@selangor.gov.my

:: HAK CIPTA TERPELIHARA © 2021 PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR ::

Paparan terbaik menggunakan: Internet Edge /Google Chrome / Firefox versi terkini.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hak Cipta |

Mengenai Kami | Bantuan | W3C | Penafian