w3c logo
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 jata  jata2  

new_title_6

 

Latar Belakang Daerah Kuala Selangor

                  


                                     LATAR BELAKANG DAERAH KUALA SELANGOR

Daerah Kuala Selangor terdiri daripada sembilan (9) Mukim dengan keluasan 119, 452.46 hektar ( 295178.97 ekar) atau 1,194.55 km persegi.

Mukim Tanjong Karang merupakan mukim terbesar meliputi kawasan 43, 125.48 hektar ( 36.1 %). Daerah ini merupakan daerah kedua terbesar di Negeri Selangor Darul Ehsan. Daerah Kuala Selangor bersempadan dengan :


1. Daerah Sabak Bernam yang terletak di Utara; 
2. Daerah Hulu Selangor yang terletak di Timur Laut; 
3. Daerah Klang yang terletak di Timur dan Selat Melaka yang terletak di Barat.
 

Lokasi Daerah Kuala Selangor secara perbandingan dengan Daerah lain dapat dilihat di dalam peta yang dipaparkan.

                PETA NEGERI SELANGOR
 
image

 
                          PETA DAERAH KUALA SELANGOR
 
image
 

Kaum Melayu kebanyakannya tinggal di kampung-kampung tradisional Melayu dan sedikit di pekan-pekan.
Pekerjaan utama mereka adalah petani, nelayan, bekerja di kilang-kilang swasta dan juga kerajaan. Kaum Cina pula tinggal di pekan, bagan dan kampung-kampung baru. Kebanyakan dari mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan peniaga. Kaum India pula tinggal di ladang kelapa sawit/getah dan bekerja sebagai pekerja ladang. Kebanyakan penduduk di daerah ini masih lagi bergantung
kepada sektor pertanian sebagai mata pencarian utama mereka.


 

     



















                  

 


Kemaskini pada 2019-02-22 13:57:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  footer

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR,

45000 Kuala Selangor

Telefon : 03-32891010 II Fax : 03-32892145 II E-mel : ksel@selangor.gov.my

:: HAK CIPTA TERPELIHARA © 2021 PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR ::

Paparan terbaik menggunakan: Internet Edge /Google Chrome / Firefox versi terkini.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hak Cipta |

Mengenai Kami | Bantuan | W3C | Penafian

 

 


 

Hari IniHari Ini158
Bulan IniBulan Ini9134
Total count : 903228 Tarikh Kemaskini : 19-03-2024