Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Jumaat, 23 Januari 2026 | 04 Sya’ban 1447H | 19:56
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGOR

Cekap, Telus dan Mesra
carian
w3c
bahasa
faq
hubungi
maklumbalas
sitemap

SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM PORTAL PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGOR

SOALAN 1 : Apakah itu Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor?
JAWAPAN : Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Daerah Kuala Selangor melalui Internet. 
  
SOALAN 2 :Mengapa Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor diwujudkan?
JAWAPAN :Seiring dengan perkembangan semasa, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan kini disediakan secara dalam talian. Sehubungan itu, Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor diwujudkan bagi memudahkan orang awam mendapatkan maklumat serta mengakses perkhidmatan yang disediakan.. 
  
SOALAN 3 :Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal Rasmi Pejabat Derah dan Tanah Kuala Selangor?
JAWAPAN  :Umumnya, Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. 
  
SOALAN 4 :Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?
JAWAPAN 4 :Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan' di bahagian bawah setiap halaman.
  
SOALAN 5 :Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor?
 

Anda boleh menghubungi:- 
Unit Teknologi Maklumat

Bahagian Khidmat Pengurusan

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor
Tel:  03-32891010
Faks:  03-32892145 atau 
Emel: ksel@selangor.gov.my 
 

SOALAN 6   :Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas/aduan/cadangan kepada agensi-agensi Kerajaan?
JAWAPAN 6 :Maklumbalas/aduan/cadangan kepada agensi-agensi kerajaan boleh disalurkan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)

SOALAN LAZIM UNIT HASIL

SOALAN 1 :Apa itu "Cukai Tanah"?
JAWAPAN :Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai tanah;
 

Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya adalah cukai tanah atau hasil tanah; dan 

Apa-apa bayaran yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tunggakan cukai tanah oleh sebab kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14 Kanun Tanah Negara, 1965.

SOALAN 2 : Bila cukai tanah bagi sesuatu tahun itu harus dibayar?
JAWAPAN :Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun, dan selewat-lewatnya sebelum 1hb. Jun setiap tahun.
SOALAN 3 :Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?
JAWAPAN Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Tanah Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah." 
 Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana - mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."Selepas perjanjian jual-beli (" Sales and Purchase Agreement ") telah dimeterai oleh kedua - dua pihak penjual (atau pemaju tanah / perumahan ) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pihak pembeli.
SOALAN 4 :Mengapa Saya Perlu Membayar Cukai Tanah?
JAWAPAN :Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak BerkuasaNegeri,TANPA PERLU MENUNGGU MAKLUMAN MELALUI BIL HASIL TANAH
SOALAN 5 : Apa yang berlaku jika cukai tanah tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan? 
JAWAPAN Fi tunggakan akan dikenakan sebagai tambahan kepada cukai tanah.
Notis tuntutan (Borang 6A) akan dikeluarkan dan jika tidak dijelaskan dalam tempoh tiga [3] bulan daripada tarikh arahan Notis tersebut, maka tindakan merampas tanah dibawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diambil.
SOALAN 6 :Dimanakah saya boleh membayar cukai tanah?
JAWAPAN :1. Kaunter Hasil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor;
 2. Kaunter Hasil Pejabat Tanah/ Daerah di Negeri Selangor;
3. Kaunter Hasil Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor (Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah) dan  bayaran hanya boleh dibuat dalam bentuk “Tunai” sahaja
4. Kaunter Pejabat Pos di seluruh Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.Bayaran hanya boleh dibuat dalam bentuk “Tunai “ sahaja.
SOALAN 7Bolehkah pembayaran cukai tanah dilakukan secara dalam talian atau “online”?
JAWAPAN :Boleh. Anda boleh melakukan pembayaran secara dalam talian  atau ‘online’. Sila klik pautan ini untuk maklumat lebih lanjut. Maklumat Bayaran Cukai Tanah
SOALAN 8 :Bolehkah pembayaran cukai petak dilakukan secara dalam talian atau “online”?
JAWAPAN :Boleh. Anda boleh melakukan pembayaran secara dalam talian  atau ‘online’. Sila klik pautan ini untuk maklumat lebih lanjut. Maklumat Bayaran Cukai Petak
SOALAN 9 :Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bil cukai?
JAWAPAN :Bil-bil cukai akan dihantar kepada semua pemilik tanah berdaftar mengikut alamat yang didaftarkan pada hakmilik. 
 Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab tuan tanah untuk memaklumkan alamat terkini tempat tinggal bagi memastikan bil hasil diterima.
Sekiranya bil cukai tanah tidak diterima, pemilik tanah boleh berhubung dengan mana-mana Pejabat Tanah/ Daerah di Selangor atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Selangor
SOALAN 10 :Mengapa saya tidak menerima bil cukai tanah?
JAWAPAN :Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap/pindah milik tidak dapat dilakukan
 

PERINGATAN :

  1. Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang alamat terkini di Pejabat Daerah/Tanah untuk tujuan rekod dan semakan.
  2. Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Daerah/Tanah yang berhampiran.
  3. Kegagalan pemilik mengemaskini alamat Bil Hasil Tanah boleh dikenakan DENDA tidak melebihi RM1,000.00 atau PENAJARA tidak melebihi 6 BULAN mengikut Seksyen 429(d), Kanun Tanah Negara.
  4. Borang Pemberitahuan Pertukaran Alamat (Borang 26A) - Muat Turun Borang 26A dan Senarai Semak Dokumen Urusan Tukar Alamat
  5. Hakmilik Pejabat Pendaftaer (GRN/HSD/PN) Borang 26A dihantar ke Pejabat Tanah Dan Galian Selangor
  6. Hakmilik Mukim (GM/HSM/PM) Borang 26A dihantar ke Pejabat Daerah Tanah berkenaan
SOALAN 11 :Kenapa nombor hakmilik saya tidak sama dengan nombor hakmilik di dalam bil cukai?
JAWAPAN :Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/ didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap.
 

PERINGATAN :

Hakmilik anda telah ditukarganti kepada hakmilik baru atau

Hakmilik anda telah disambung daripada hakmilik sementara kepada hakmilik kekal (tetap)

SOALAN 12 : Kenapa nombor hakmilik saya tidak sama dengan nombor hakmilik di dalam bil cukai?
JAWAPAN :Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/ didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap.
 

PERINGATAN :

Hakmilik anda telah ditukarganti kepada hakmilik baru atau

Hakmilik anda telah disambung daripada hakmilik sementara kepada hakmilik kekal (tetap)

 

* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Hasil di talian  03-32891010


  •  
  • Print
  • Email this page