Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Seminar Kesedaran Kesihatan Keluarga Dan Wanita Peringkat Daerah Kuala Selangor



 
 

SEMINAR KESEDARAN KESIHATAN KELUARGA DAN WANITA PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR

Kuala Selangor, 5 Disember 2009, (Sabtu) - Satu program anjuran bersama Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor, dan Puspanita Cawangan Kuala Selangor telah diadakan di Auditorium Kolej Inpens Kuala Selangor. Program tersebut adalah Seminar Kesedaran Kesihatan Keluarga Dan Wanita Peringkat Daerah Kuala Selangor.

Program tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Program itu telah dihadiri oleh Pn. Roslina binti Said selaku isteri Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Dr. Norraliza binti Md. Zain selaku Pakar Perubatan keluarga Klinik Kesihatan Kuala Selangor. Pihak Pejabat Kesihatan juga turut menghadiri program ini disamping mengadakan pameran dan pemeriksaan kesihatan secara percuma yang berjalan terus-menerus dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Setelah selesai sesi pendaftaran, para tetamu dialu-alukan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan tersebut. Tepat jam 9.30 pagi, para tetamu dijemput untuk masuk ke dewan auditorium bagi memulakan program. Program dimulakan dengan ucapan alu -aluan oleh pengerusi majlis. Di dalam ucapan tersebut, pengerusi majlis telah mengucapkan selamat datang kepada tetamu yang menghadiri program ini.

Bagi menyempurnakan program tersebut, Ustaz Mohd Asyraf bin Suarin telah dijemput bagi mengetuai bacaan doa. Program ke agenda seterusnya dengan ucapan alu-aluan oleh Pn. Roslina Binti Said, isteri Pegawai Daerah Kuala Selangor. Program terus berlangsung dengan ucapan dan perasmian oleh Tn. Hj. Mohd Rashid Bin Mohd Kassim, selaku wakil YA. Bhg. Puan Sri Datin Salbiah Binti Tunut. Ucapan beliau diakhiri dengan perasmian program tersebut. Setelah selesai perasmian dilakukan, seminar dimulakan dengan ceramah kesihatan bertajuk "Gaya Hidup Sihat" yang disampaikan oleh Dr. Norraliza binti Md. Zain, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Kuala Selangor. Di dalam ceramah tersebut, beliau memberitahu mengenai pentingnya gaya hidup sihat, cara pemakanan yang seimbang, tips-tips mengelakkan penyakit, cara mencegah penyakit dan sebagainya. Sambil menunggu ketibaan penceramah jemputan iaitu Pn. Azean Erdawaty, para tetamu diberi peluang untuk menanyakan soalan mengenai pelbagai jenis permasalahan penyakit. Setelah sesi soal jawab berlangsung kira-kira 10 minit itu berakhir, seminar diteruskan lagi dengan ceramah oleh Pn Azean Erdwaty mengenai pengalaman beliau memerangi penyakit kanser. Beliau telah memberitahu kepada tetamu sekiranya mengalami keadaan tersebut, kita tidak perlu takut sebaliknya kita hendaklah kuat untuk melawan penyakit tersebut.

Objektif sebenar seminar ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi pemimpin dengan masyarakat, menjalin kerjasama antara kerajaan dan masyarakat dalam melakukan program-program kerajaan, mendedahkan pentingnya menjaga kesihatan keluarga dan kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan aset penting negara. Mengamalkan pemeriksaan kesihatan dan senaman juga merupakan salah satu objektif penting seminar ini. Seminar ini telah dihadiri oleh wanita dan keluarga di Daerah Kuala Selangor dan program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Penceramah utama iaitu Dr. Norraliza binti Md. Zain juga telah menyampaikan ceramah mengenai "Gaya Hidup Sihat" dengan cemerlang.

 

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

 
 

Kemaskini pada 2013-10-22 08:32:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page