Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Tong kimia terbakar: Ada unsur sabotaj, lupus bukti

Wartawan Sinar Online II  29 OKTOBER 2019

 
       

KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor tidak menolak ada unsur sabotaj dilakukan individu tidak bertanggungjawab berhubung penemuan ratusan tong berisi bahan kimia yang meletup dan terbakar di Jalan Kapar Batu 16, Kampung Tambak Jawa awal pagi semalam.


Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, terdapat kesan sabotaj pada tong yang dilakukan pihak berkenaan bagi melupuskan bahan bukti.

 

"Hasil siasatan awal juga mendapati ada pihak yang masuk ke kawasan itu dan membocorkan bahan kimia itu supaya ia mengalir keluar.


"Buat masa ini kita belum tangkap sesiapa dan kita syaki ada kenderaan yang masuk ke lokasi kejadian menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya pada sidang media, hari ini.

 

Loy Sian berkata, proses pembersihan dijalankan bermula hari ini dan dijangka mengambil masa kira-kira seminggu.

 

Menurut beliau, kerajaan Selangor melantik Kualiti Alam Sdn Bhd bagi menjalankan kerja pembersihan dan pelupusan semua buangan terjadual di lokasi kejadian.

 

"Sisa bahan kimia yang dijumpai juga adalah bahan kimia tidak berbahaya dan disyaki sebagai buangan terjadual.

 

"Hasil siasatan mendapati 244 tong di lokasi pertama disyaki mengandungi buangan seperti SW 303 (pelekat), SW 321 (getah) dan SW 322 (pelarut organik)," katanya.

 

Menurutnya, di lokasi kedua, sebanyak 23 tong juga mengandungi buangan sama dan dipercayai dilakukan pihak sama.

 

"Sebanyak 13 sampel diambil dari tong serta tanah tercemar di lokasi kejadian dan semua sampel dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa komposisi dan kandungan.

 

"Kita masih menunggu laporan siasatan dan meminta penduduk setempat untuk tidak bimbang kerana ia (bahan kimia) tidak berbahaya," katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga jam padam kebakaran 270 tong bahan kimia

 


Kemaskini pada 2019-11-28 09:45:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page