Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Bukit Melawati

           

TEMPAT - TEMPAT BERSEJARAH DI BUKIT MELAWATI
 

 

image  

BUKIT MELAWATI

Berdasarkan catitan sejarah, Kuala Selangor telah mempunyai penempatan kediaman sejak awal kurun Masihi ke 16 lagi.Kawasan seperti Jeram, 10 batu ke Permatang seberang Sungai Selangor juga telah wujud. Tempat-tempat ini adalah dibawah taklukan Empayar Melaka dan seterusnya di bawah Empayar Johor.Namun pada akhir kurun 17M orang-orang Bugis telah menguasai tempat-tempat ini.Pada tahun 1857,pembesar-pembesar dan penduduknya serta pembesar Klang telah bersatu dan seterusnya telah menubuhkan sebuah kerajaan di Negeri Selangor. Raja Lumu (anak Raja Bugis) telah dilantik menjadi Raja Selangor yang pertama. Sejak itu,Kuala Selangor telah menjadi pusat pemerintahan Negeri Selangor sehingga tahun 1857. Kemudian pemerintahan telah berpindah ke Jugra seterusnya  ke Klang. Namun begitu,Kuala Selangor terus memainkan peranan penting dalam sejarah Negeri Selangor
di mana daerah ini telah beberapa kali menjadi medan pertempuran yang melibatkan pihak Belanda dan seterusnya pihak Inggeris. Mengikut sejarah,Bukit Melawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian, pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya Dato'Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Abd.Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebagai fajar subuh menyinsing.

 


image

BATU HAMPAR

Terletak di tengah pintu masuk Kota Melawati,di atasnya satu busut besar kira-kira 5x5 x 11/2 kaki. Lagendanya: tempat memancung kepala penderhaka - satu riwayat di batu ini: seorang gadis istana yang berzina telah di penggal kepala dan darahnya telah disiram di sekeliling istana.

 

 

image

TEMPAT MELIHAT ANAK BULAN

Bangunan ringkas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan ramadhan,Hari Raya Syawal dan Hari Raya Haji.

 

 

image

MAKAM DIRAJA

Makam Diraja Selangor terdiri dari 3 makam Sultan Selangor iaitu:
1.Sultan Selangor Pertama - Sultan Salahuddin(1742-1778)
2.Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim(1778-1826)
3.Sultan Selangor Ketiga - Sultan Mahmud(1826-1857)

 

TELAGA TUJUH

Asalnya sebuah telaga yang mempunyai 7 mata air yang tidak pernah kering
walaupun pada musim kemarau, tetapi kini hanya terdapat beberapa buah
sahaja yang lain telah terkambus. Ada yang menggunakan air telaga ini
untuk membayar niat.

 

BUSUT MALAWATI

Terletak kira-kira 80 ela dihadapan pintu kota. Terdapat Pohon Sena yang kini
telah berumur 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi
membolehkan Sultan bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam
bersabung.

 

image

MERIAM PENGGAWA

Meriam penggawa ini sentiasa dibalut dengan kain kuning. Terletak di dalam
kawasan makam 3 orang Sultan Selangor. Ditemui dipinggir Sungai Buluh,
12 km ke Selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya
PETOI BOGA bererti PUTERI PUTIH.

 




KOTA MALAWATI

Dibina oleh orang-orang Melayu ketika pemerintahan Sultan Selangor ke-2
sebagai salah satu usaha mempertahankan Kuala Selangor dari serangan
Belanda. Kota ini juga dilengkapi dengan meriam-meriam.

 


image

TANGGA SERATUS

Tangga yang dibuat bagi mendaki Bukit Selangor menuju terus ke pintu Malawati dari Pekan Kuala Selangor. Jika kita menuruni tangga seratus ini hingga ke hujungnya, kita akan menemui sebuah tempat yang dikenali Pengkalan Batu Buruk (berhampiran taman sekarang ini).

 

 


image

PERIGI BERACUN

Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung.
Airnya diisi hingga ke paras dagu penderhaka sahaja. Dijadikan tempat
penyeksaan kepada penderhaka. Berhadapan dengan muzium Kuala
Selangor.

 

 
                      

Kemaskini pada 2016-11-11 17:10:52 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page