Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Kuala Selangor, K Ramesh menjelaskan, kedua peniaga terbabit gagal mempamerkan tanda harga merah jambu pada ayam standard dan bawang putih cina yang dijual.

 

Menurutnya, kedua peniaga terbabit didapati bersalah di bawah Perintah 2 (1) Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencacutan (Penandaan Harga Barangan Harga Terkawal) SKHMP 2017.

 

“Seorang lagi peniaga dikenakan kompaun kerana gagal meletakkan tanda harga pada ikan bawal putih yang dijual meskipun mendakwa menjual dengan harga RM38 sekilogram di bawah harga maksimum RM40 sekilogram.

 

 

“Bagaimanapun kelalaian atau alasan terlepas pandang tidak diterima kerana kesalahan ini bawah Perintah 3(1) Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993,” katanya.