Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Tiada jawatankuasa penduduk punca flat terabai

Wartawan Sinar Online II 06 Februari 2018

 
       

KUALA SELANGOR- Tiada jawatankuasa penduduk di dua flat kos rendah Kristana,Seri Pristana,  di sini menyebabkan isu kebajikan dan prasarana bangunan terbabit terabai sejak lebih enam tahun lalu.

 

Pengerusi Pertubuhan Majlis  Permuafakatan Penduduk (MPP) Saujana Utama, Khairul Annuar Jalaluddin berkata, isu tiada jawatankuasa penduduk menyebabkan peruntukan sukar disalurkan.

 

"Memang tak dinafikan, banyak isu bumbung pecah, bocor dan lampu koridor rosak yang dibangkitkan penduduk sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan kerana tiada pihak yang menguruskan.

 

"Bangkai kereta dan sampah pukal yang dibuang orang luar turut menyebabkan suasana flat kos rendah terbabit agak kotor dan tidak terurus," katanya kepada Sinar Harian.

 

Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Mohd Fakaruddin Ismail mengakui isu sampah di kawasan flat kos rendah itu masih berlarutan bagaimanapun kutipan yang dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) dijalankan mengikut jadual.

 

 

"Kita merancang untuk mengadakan gotong-royong perdana melibatkan semua badan bukan kerajaan termasuk biro lajnah kebajikan Surau al Makmuriah Seri Pristana dan Persatuan Bomba Sukarelawan Saujana Utama dalam masa terdekat," katanya.


Kemaskini pada 2018-02-07 08:48:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page