Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Jualan murah untuk rakyat

Wartawan Sinar Online II 29 JANUARI 2018

 
       

TANJONG KARANG –  Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Tanjong Karang ternyata memberi impak kepada penduduk setempat sekali gus memberi peluang membeli barangan dapur dengan harga lebih rendah.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar menjelaskan, pelaksanaan program ini adalah inisiatif pihaknya untuk mengurangkan beban rakyat di Tanjong Karang.

“Melalui jualan ini, kita dapat beri dengan harga lebih murah sekali gus membantu penduduk membeli di lokasi tumpuan yang lebih dekat dengan rumah.

 

 

 
 

“Malah, penganjuran ini memperlihatkan isu kenaikan harga barangan ini dapat dibendung jika manipulasi harga orang tengah dapat dihapuskan kerana kemungkinan harga mahal disebabkan pihak tertentu cuba kaut untung lebih.

“Sambutan cukup menggalakkan dan akan dilaksanakan setiap bulan untuk rakyat. Pelbagai jenis barangan seperti bawang, ikan, ayam, minyak dan gula dijual terus kepada penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Yusof menjelaskan, pelaksanaan program ini akan diteruskan lagi di Agrobazar Kuala Selangor di Bukit Belimbing.

“Pemilihan lokasi ini di Dun Permatang pada 24 Februari nanti bagi membuka peluang lebih ramai penduduk membeli barangan keperluan dapur dengan harga lebih murah," katanya.


Kemaskini pada 2018-01-29 15:30:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page