Wartawan Sinar Online II 21 JANUARI 2018
KUALA SELANGOR – Potensi dan elemen pelancongan unik yang ada di daerah ini mampu menarik lebih ramai pelancong asing khususnya dari China sekaligus membawa nama Kuala Selangor di persada dunia.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menjelaskan, keyakinan pelancong bertambah selepas kehadiran pasukan bola sepak veteran Cina ke Kuala Selangor dalam perlawanan persahabatan sekaligus mengukir sejarahnya tersendiri.
Menurutnya, penganjuran perlawanan persahabatan itu memperlihatkan potensi besar Kuala Selangor dalam menarik lebih ramai pelancong dari Tanah Besar China. “Sebab itu, saya mencadangkan tahun 2018 menjadi Tahun Melawat Kuala Selangor dan menonjolkan keunikan nilai sejarah Bukit Melawati, kampungstay sky mirror dan banyak lagi.
“Ciri unik yang boleh ditonjolkan ini mampu menjadi pemangkin hala tuju pelancongan tahun ini,” katanya ketika mengulas lanjut mengenai jalinan persahabatan pasukan bola sepal veteran Wuhan Cina.
|
Kemaskini pada 2018-01-22 15:55:12 daripada Administrator