Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Shamsul  Shahril Badliza Mohd Noor berkata, meskipun ada beberapa kawasan rendah dilimpahi air namun keadaan terkawal.

 
 
 
 
 

 

“Ada beberapa kawasan yang dinaiki air seperti di Kampung Tanjung Buah-Buahan tetapi ianya setakat melimpahi halaman rumah sahaja dan surut dalam kadar segera.

 
 
 

"Ban yang dibina atau dibaik pulih Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) banyak membantu menghalang air laut memasuki kawasan penduduk seperti di Kampung Sungai Kajang selain cuaca baik,” katanya.

 

 

Sebelum ini, air laut setinggi 5.6 meter direkodkan paling tinggi pada pagi Ahad lalu sehingga menyebabkan beberapa kawasan rendah dilimpahi air termasuk Pantai Remis, Kampung Sungai Kajang dan Sungai Tengi Kiri.

 

Shamsul Shahril Badliza menjelaskan, catatan paras laut melebihi lima meter itu adalah yang tertinggi dalam bulan ini dan air laut melimpah ke kawasan rendah ditambah dengan keadaan hujan berterusan.

 

"Setakat ini belum ada lagi mangsa banjir direkodkan dan pihaknya mengarahkan agensi keselamatan berkaitan untuk bersiap siapa berdepan sebarang kemungkinan.

 

"Pusat penempatan mangsa banjir setakat ini masih belum dibuka bagaimanapun pihak kami akan memantau keadaan dari masa ke semasa terutamanya di kawasan berisiko," katanya.