Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Kaji semula pembangunan Paya Indah Wetland

Wartawan Utusan Online II 29 April 2017

 
       

KUALA SELANGOR - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hairan apabila Kerajaan Selangor boleh memulakan satu projek pembangunan di kawasan Paya Indah Wetlands.

 

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, ini kerana projek itu belum dibawa untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Fizikal Negara.

 

Menurutnya, mesyuarat itu adalah satu jawatankuasa yang dipengerusi Perdana Menteri dan dianggotai semua menteri besar dan ketua menteri dan mesyuarat terakhir diadakan pada Rabu lalu.

 

"Saya sebagai urusetia tidak bawa perkara ini dalam mesyuarat pada 19 April itu kerana melihat terdapat 135 komen daripada pelbagai jabatan.
 
 

"Oleh itu, saya berpendapat pihak kerajaan negeri perlu untuk berbincang semula dengan urusetia dan jabatan teknikal yang mana ulasan itu menunjukkan projek tersebut sebelum dilaksanakan mesti dikaji dengan lebih teliti dan berhati-hati kerana melibatkan kesan lebih besar kepada ekosistem dan alam sekitar," katanya pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen Tanjong Karang  di Hotel De Palma Kuala Selangor, hari ini.

 

Noh yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, dahulu kawasan di sebelah Paya Indah Wetland itu diwartakan sebagai pertanian dan beberapa menteri besar sebelum ini menolak permohonan daripada syarikat untuk dijadikan pembangunan.

 

Namun, katanya, apabila satu syarikat baharu ambil alih dan bertukar menteri besar begitu mudah pula diberikan kelulusan menukar status tanah dan kerajaan negeri memberikan kebenaran luar biasa untuk projek ini dimulakan.

 

"Saya faham ini kuasa kerajaan negeri. Tapi apa-apa jua pembangunan besar ia hendaklah tidak menyusahkan rakyat serta bencana alam yang lain.

 

"Saya juga nak nyatakan kertas kerja mengenai Mesyuarat Majlis Pembangunan Fizikal Negara memang kita ada terima, tetapi apabila urusetia melihat terlampau banyak  komen yang perlu dijawab, maka kita minta kerajaan negeri kaji balik cadangan ini supaya projek ini tidak tinggalkan kesan kepada alam sekitar," katanya.

 

Semalam, akhbar ini melaporkan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mempersoalkan tindakan Kerajaan Selangor mendesak Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberi kebenaran dan kelulusan bagi melaksanakan projek pembangunan di kawasan Paya Indah Wetlands.

 

Beliau mendakwa, pihaknya dimaklumkan penolakan itu dibuat oleh JAS sebelum ini namun dengan menggunakan kuasa kerajaan negeri, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan exco telah mengarahkan JAS memberi kebenaran dan kelulusan.

 

                                     Kaji semula pembangunan Paya Indah Wetland

        

Kemaskini pada 2017-05-02 12:56:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page