Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Tarik van jenazah guna lori

Wartawan Utusan Online II 10 April 2017

 
       

 

KUALA SELANGOR – “Cukup sengsara nak kena tarik van jenazah guna lori sebab orang kampung tak larat nak tolak,” demikian kata Nazir Masjid At Taqwa Kampung Sungai Yu, Dul Jalil Mahmud, 64.

 

Menurutnya, keadaan van jenazah yang uzur dan selalu rosak itu menimbulkan kekangan kepada jawatankuasa masjid untuk menguruskan kematian penduduk kampung.

 

 

“Nak hidupkan van jenazah tu cukup susah sampai kena tarik pakai lori sawit…makan masa nak hidupkan van dan urusan pengebumian jadi rumit sebab ambil masa lama.

 

“Kadang-kadang tu, terpaksa guna gerabak orang kampung untuk bawa jenazah ke tanah kubur sebab tak ada kenderaan sesuai,” katanya ketika diminta mengulas keperluan van jenazah untuk kariah masjid itu.

 

Dul Jalil berkata, kemudahan van jenazah yang berusia lebih 15 tahun itu sebenarnya hasil sumbangan penduduk membaiki semula van terpakai untuk kegunaan masjid.

 

“Memang masjid ni tak ada van jenazah sendiri dan bila ada orang sumbang van terpakai, kami terima selagi boleh digunakan untuk manfaat kariah setiap kali berlakunya kematian.

 

“Tapi sekarang ni bila selalu rosak dan tak boleh hidup, orang kampung pun ‘bising’ juga…macam kes bulan lepas bila ada lima orang meninggal dunia, memang menggagau cari kenderaan sesuai,” katanya.

 

Bagi penggali kubur, Hasan Amat Tosery, 43, urusan pengebumian menjadi rumit berikutan penduduk terpaksa mencari kenderaan sesuai untuk membawa jenazah ke tanah kubur.

 

“Saya sudah kerja dalam bidang ni hampir 10 tahun dan bila terlalu lama ambil masa nak bawa jenazah, memang timbul banyak masalah tapi nak buat macam mana bila van rosak.

 

“Kami pernah tunggu paling lama sampai empat jam sebab tak ada kenderaan..jadi sudah menjadi harapan penduduk kalau boleh ada sudi bantu sumbangkan van untuk kampung ni,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Lajnah Belia Masjid At Taqwa Kampung Sungai Yu, Mohd Herwan Mohamed Said, 37, berkata, sebelum ini jawatankuasa masjid ada memohon sumbangan van bagaimanapun tiada respon positif.

 

“Tahun lepas jawatankuasa masjid pernah mohon tapi kami tak putus asa dan teruskan permohonan sampai dapat. Terbaru, kami akan panjangkan permohonan kepada Ahli Parlimen Tanjong Karang.

 

“Keperluan van jenazah ni penting sebab bila berlaku kematian, urusan lebih dipermudahkan sebab sudah ada kenderaan nak bawa jenazah, tak perlu nak cari lain,” katanya.

 

Pengerusi Persatuan Belia Kampung Sungai Yu, Saharudin Misran, 26, turut berharap ada pihak yang prihatin isu keperluan van jenazah untuk penduduk kampung.

 

“Kalau ada sumbangan van baru, memang cukup menyenangkan jawatankuasa masjid menguruskan hal kematian selain dapat memberi kelegaan kepada penduduk.

 

“Sudah menjadi harapan belia kampung ni supaya permohonan baru van jenazah ni dapat diberi perhatian sebaik mungkin,” katanya.

 

                                         Tarik van jenazah guna lori

        

Kemaskini pada 2017-04-21 15:41:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page