Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Bunuh: Jumpa badan di tingkat 10, kepala tingkat 1

Wartawan Utusan Online II 11 Februari 2017

 
       

 

KUALA SELANGOR - Gara-gara cemburu, seorang pekerja kontraktor warganegara Bangladesh dibunuh kejam di sebuah tapak projek pembinaan pangsapuri mewah di Alam Jaya dalam kejadian Khamis lalu.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, mangsa yang berusia 29 tahun itu dipercayai dibunuh dengan senjata tajam dengan ditetak di bahagian tengkok di tingkat 11 dalam bangunan terbabit.

 

Menurutnya, suspek yang juga rakan senegara mangsa dipercayai cuba menjatuhkan mangsa melalui satu tingkap di tingkat 11 tetapi tersangkut di atas besi perancah di tingkat 10 dan kepalanya jatuh di tingkat 1.

 

"Suspek yang berusia 32 tahun itu dipercayai bekerja lebih kurang dua tahun dengan majikannya sebagai pekerja kontraktor," katanya merujuk kepada kejadian yang dipercayai berlaku antara jam 3.30 petang hingga 4.40 petang pada Khamis lalu.

 

Ruslan berkata, suspek dikenal pasti menghilang diri selepas kejadian bunuh ini diketahui pekerja buruh binaan dan majikannya dan pihak polis juga bertindak pantas mengesan suspek yang dipercayai terlibat dlm kes ini.

 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan ini disebabkan cemburu mangsa dikatakan pekerja kesayangan majikan.

 

"Hasil tindakan pantas, pihak polis berjaya mengesan dan menangkap suspek awal pagi tadi dan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 17 Februari nanti untuk siasatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian.

 


                                                            PDRM
                                            

        

Kemaskini pada 2017-02-14 16:43:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page