Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Jeti: Peruntukan tambahan RM1.5 juta dilulus

Wartawan Utusan Online II 03 Februari 2017

 
       

 

KUALA SELANGOR – Lagi peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 juta diluluskan bagi membangunkan kawasan Jeti Sungai Sembilang menjadi salah satu hub perikanan dan pelancongan di daerah ini.

 

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadir di Sekolah Kebangsaan (SK) Ijok sempena Program Jom Bantu Rakyat Parlimen Kuala Selangor 2017.

 

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, pihaknya tertarik dengan potensi Sungai Sembilang yang mampu menjadi tarikan pelancong luar negara terutamanya dari Cina.

 

“Saya tertarik hati dengan potensi Sungai Sembilang ini dan meluluskan peruntukan tambahan RM1.5 juta untuk pembangunan jeti bagi meningkatkan lagi pendapatan nelayan supaya boleh jual terus hasil laut kepada pengunjung.

 

“Bukan saja jadi hub perikanan bahkan jeti ini menjadi tumpuan pelancong untuk ke tiga pulau yang menjadi tarikan di daerah ini…insya-ALLAH, kita sama-sama bangunkan Kuala Selangor,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada program yang turut dihadiri Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi LKIM, Irmohizam Ibrahim, di sini, hari ini.

 

Pada program sama, Najib turut melancarkan monumen Transformasi Nasional 2050 (TN50) SK Ijok sebagai simbolik kepada usaha serta visi kerajaan dalam membentuk hala tuju negara bagi tempoh 30 tahun akan datang.

 

Sebelum itu, beliau dibawa melawat rumah seorang warga emas yang juga ibu tunggal, Mariamah Yaakob, 70, di Jalan Kampung Kemajuan, Batu 8 Ijok yang dibantu ICU Selangor untuk kerja baik pulih rumah.

 

Dalam lawatan itu, beliau turut meminta Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor untuk meneliti bantuan yang diperlukan selain kerja baik pulih rumah.

 

“Saya tinjau sendiri rumah warga emas itu dan minta Irmohizam teliti keperluan lain yang diperlukan termasuk perkakas memasak yang baru…mungkin zink baru.

 

“Saya berharap program seperti ini diteruskan kerana konsep bantu rakyat yang diselaraskan ICU ini mampu membantu golongan yang memerlukan dan bantuan bersasar,” katanya.

 

Pada awal program bermula jam 9 pagi, seramai 951 nelayan tempatan berpeluang bersarapan pagi bersama pemimpin nombor satu negara itu pada Majlis Perasmian Hub Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Sembilang.

 

                                                Jeti: Peruntukan tambahan RM1.5 juta dilulus
                                               

        

Kemaskini pada 2017-02-14 16:38:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page