w3c logo
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 jata  jata2  

new_title_6

 

A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type null

Filename: libraries/Cms.php

Line Number: 4949

A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type null

Filename: libraries/Cms.php

Line Number: 4997

PKIT

 
            

Pusat Komuniti Teknologi Maklumat ( PKIT)
 

PKIT adalah suatu insiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk mewujudkan infrastruktur - infrastruktur ICT di seluruh tempat di dalam Negeri ini. Tujuan penubuhan PKIT adalah untuk memberikan hak dan peluang yang sama rata kepada rakyat di Negeri Selangor menyertai gelombang teknologi maklumat yang sedang melanda dewasa ini. Dengan adanya infrastruktur-infrastruktur seperti ini terutamanya di kawasan luar bandar, ianya akan dapat mengurangkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan juga masyarakat luar bandar. Adalah diharapkan dengan program-program yang telah dirancang di PKIT tersebut, akan menghilangkan fobia terhadap komputer dikalangan masyarakat.

                                                 
                             image

 

Sebuah PKIT akan menempatkan sekurang-kurangnya tujuh (7) buah komputer peribadi, sebuah pengimbas (scanner) dan dua (2) buah pencetak (printer). Selain itu kemudahan capaian kepada internet juga diberi, untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitannya. Disetiap lokasi PKIT, terdapat seorang penyelia yang bertanggungjawab memantau setiap aktiviti PKIT tersebut. Di sini, peserta atau ahli akan diajar dan didedahkan mengenai komputer dan persekitaran ICT.

Spesifikasi asas didalam PKIT : 7 buah komputer, 2 buah pencetak, sebuah pengimbas dan kemudahan capaian kepada internet.

Dengan wujudnya sebuah komuniti yang mempunyai pendedahan dan keyakinan terhadap ICT, maka secara tidak langsung usaha Kerajaan untuk mewujudkan E-Government, E-Business dan E-Community akan berhasil.

Sehingga kini, sebanyak 84 buah PKIT telah siap dan beroperasi di seluruh Negeri Selangor.

             

Kemaskini pada 2017-12-29 09:04:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  footer

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR,

45000 Kuala Selangor

Telefon : 03-32891010 II Fax : 03-32892145 II E-mel : ksel@selangor.gov.my

:: HAK CIPTA TERPELIHARA © 2021 PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR ::

Paparan terbaik menggunakan: Internet Edge /Google Chrome / Firefox versi terkini.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hak Cipta |

Mengenai Kami | Bantuan | W3C | Penafian