Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Ubah persepsi Kuala Selangor tumpuan rumah urut

Wartawan Utusan Online II 01 Februari 2017

 
       

 

KUALA SELANGOR - Kerjasama Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan semua pihak penting bagi menggembleng tenaga dalam membendung isu yang sering dibangkitkan penduduk di daerah ini.

 

Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang baharu, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, semangat kerja berpasukan penting bagi meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

 

Menurutnya, persepsi Kuala Selangor yang menjadi tempat tumpuan lambakan rumah urut, kafe siber dan pusat karaoke perlu diubah dan mungkin kaedah zoning perlu bagi tujuan kawalan.

“Saya lihat daerah ini kebanyakannya masih 70 peratus tanah pertanian dan bagi perniagaan yang memenuhi syarat lesen, tiada masalah cuma bagi mereka yang ambil kesempatan menyalahgunakan lesen sedia ada.

 

“Sebab itu, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas dalam perkara ini dan mungkin jumlah yang ada kita hadkan..mana yang ada kita tak usik cuma jika ada berlaku pelanggaran syarat, kita akan ambil tindakan.

 

“Kerjasama ahli majlis juga penting dalam memantau kawasan masing-masing kerana lambakan rumah urut, kafe siber dan pusat karaoke itu punca masalah sosial,” katanya selepas Majlis Angkat Sumpah di MDKS, pagi tadi.

 

Bekas YDP Majlis Daerah Kuala Langat itu berkata, pihaknya akan meneruskan dasar sedia ada yang sudah dirancang untuk pembangunan dan kesejahteraan penduduk.

 

“Saya jenis orang yang ‘simple’ dan memudahkan cara…kalau dasar sedia ada sudah digubal, kita akan teruskan pelan perancangan dan kesinambungan YDP terdahulu.

 

“Pada masa sama, lihat idea dan perancangan baru untuk menambah baik mana yang kurang…kena dinamik ikut perubahan semasa, sosial dan politik seiring pembangunan pesat.

 

“Jadi, kita akan tengok kesesuaian dan kena seiring dengan dasar kerajaan negeri…apa yang penting, tingkatkan pengurusan kerja lebih baik pada masa akan datang.

 

“Sebab Kuala Selangor mempunyai potensi yang cukup besar dengan prospek kemajuan dan pembangunan Lembah Klang cukup besar ditambah dengan akses lebuhraya,” katanya.


                                                       Ubah persepsi Kuala Selangor tumpuan rumah urut
                                                 
                                             

        

Kemaskini pada 2017-02-14 16:33:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page