Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Padah operasi tanpa lesen

Wartawan Utusan Online II 21 Januari 2017

 
       

 

IJOK – Sebuah kilang kitar semula minyak kenderaan terpakai yang beroperasi tanpa lesen disita Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dalam operasi bersepadu bersama agensi berkaitan.

 

Lebih mengejutkan, operasi kilang terbabit dikenal pasti menjadi punca pencemaran bau dan sisa kumbahan yang disalurkan ke kawasan berhampiran serta dikhuatiri memudaratkan penduduk setempat.

 

Pemangku Setiausaha MDKS, Mohamad Yusli Askandar menjelaskan, MDKS bertindak melalui aduan penduduk yang berasa tidak selesa dengan aktiviti kilang terbabit kerana berbau busuk.

 

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, aktiviti kilang memproses minyak kenderaan terpakai itu berjalan tanpa lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tiada kebenaran daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

 

“Kesalahan itu di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKS) 2007 kerana menjalankan aktiviti perindustrian tanpa lesen MDKS.

 

“Saliran air yang keluar dari kilang tersebut turut dipersoalkan kerana tiada sistem rawatan air kumbahan yang sempurna dan dikhuatiri boleh memberi kesan buruk kepada penduduk serta mencemarkan alam persekitaran,” katanya.

 

Mohamad Yusli berkata, sampel minyak dan air dari kawasan tersebut diambil oleh JAS Negeri Selangor untuk menganalisis isi kandungan sampel dengan lebih lanjut.

 

Katanya, selain itu MDKS dan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor turut mengambil sampel sisa buangan di kilang tersebut berikutan terdapat persamaan ketara dengan sebuah kawasan yang menjadi tempat pembuangan sampah haram.

 

"Kilang tersebut juga tidak mempunyai jadual pembuangan sisa berbahaya berjadual yang sah. Sebab itu kami ambil tindakan tegas dengan menyita dan mengarahkan operasi dihentikan.

 

"Masyarakat setempat diminta memberikan kerjasama dan menjadi mata serta telinga MDKS untuk melaporkan sebarang aktiviti yang menjejaskan alam sekitar," katanya.

 

Beliau turut memaklumkan operasi bersepadu itu dijalankan dengan kerjasama JAS Negeri Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, Jabatan Imigresen, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor.


                                                       Padah operasi tanpa lesen
                                                 
                                             

        

Kemaskini pada 2017-02-01 11:12:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page