Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : 2 beranak terima padah

Wartawan Utusan Online II 10 Januari 2017

 
       

 

KUALA SELANGOR – Seorang bapa dan anaknya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor, semalam kerana memiliki sembilan saman waran tangkap atas kesalahan trafik dalam Ops Warta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, kedua pesalah trafik itu masing-masing memiliki tiga dan enam saman waran tangkap mengaku bersalah di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad.

 

“Pesalah pertama, Jasmy Harun, 39, yang memiliki tiga saman waran tangkap itu dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,600 atau dipenjarakan 48 hari kerana kesalahan memiliki saman waran tangkap sejak 2010.

 

“Manakala anaknya, Muhamad Fakry Shah Jasmy, 18, dikenakan denda sebanyak RM1,900 atau dipenjarakan 86 hari kerana kesalahan memiliki waran tangkap sejak 2015,” katanya.

 

Ruslan berkata, dua beranak itu ditahan dalam operasi yang diketuai Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kuala Selangor, Inspektor Faizol Ahmad Suhaimi pada 8 Januari lalu.

 

“Muhamad Fakry Shah dibebaskan serta merta selepas membayar denda RM1,900 manakala bapanya yang gagal membayar denda tersebut dibawa ke IPD Kuala Selangor untuk prosedur lanjut.

 

“Pihak polis menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa menyemak dan menjelaskan saman dalam tempoh yang diberikan bagi mengelak waran tangkap dikeluarkan.

 

“Tindakan ini diambil bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa patuhi undang-undang jalan raya sekali gus mengelakkan disaman polis,” katanya kepada Sinar Harian semalam.


                                                       2 beranak terima padah
                                                 
                                             

        

Kemaskini pada 2017-01-10 11:27:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page