Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Gesa naik taraf klinik kesihatan

Wartawan Utusan Online II 16 Disember 2016

 
       

 

KUALA SELANGOR - Keperluan dan kemudahan tambahan klinik kesihatan yang ada di daerah ini perlu diberikan perhatian serius bagi membolehkan rakyat menikmati manfaat yang disediakan kerajaan melalui kementerian berkaitan.

 

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menjelaskan, pihaknya memandang serius dengan isu keperluan yang dibangkitkan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor berhubung kemudahan klinik kesihatan yang ada di Kuala Selangor.

 

Menurutnya, kebanyakan isu yang dibangkitkan berkaitan permohonan menaiktarafkan kemudahan klinik dan menukar sistem pendawaian dari fasa pertama kepada fasa ketiga bagi menampung kapasiti voltan elektrik bangunan tambahan.

 

“Saya juga ambil pendekatan untuk lihat sendiri keperluan klinik kesihatan yang perlu diberikan perhatian dengan membuat lawatan mengejut termasuk di Klinik Kesihatan Kuala Selangor memandangkan sebelum ini saya sudah melawat Klinik Kesihatan Jeram.

 

“Isu yang sama juga akan dibangkitkan dalam sidang Parlimen supaya kementerian berkaitan dapat bantu sekali gus mempercepatkan pembinaan projek Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM).

 

“Penduduk pastinya tidak sabar untuk menerima satu kemudahan hospital bagi menampung keperluan kesihatan dalam daerah ini tanpa perlu bergerak jauh ke Klang atau Sungai Buloh,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Sebelum ini, isu pendawaian elektrik lama di bangunan klinik kesihatan yang dikenal pasti didakwa tidak dapat menampung keperluan semasa sering menimbulkan masalah berikutan berlakunya gangguan elektrik keterlaluan sehingga merosakkan peralatan kesihatan.

 

Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Selangor II, Dr Fatimah Lailiza Ahmad tidak menafikan gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku dalam klinik itu memberi kesan kepada peralatan sedia ada.

 

“Banyak peralatan rosak sebab selalu berlaku ‘trip’ dan kami juga bimbang jika berlaku insiden tidak diingini memandangkan klinik ini sentiasa jadi tumpuan ramai.

 

“Lagipun klinik ini berdepan kekangan peralatan seperti x-ray menyebabkan pesakit khususnya mangsa kemalangan terpaksa dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan.

 

“Sedangkan jika klinik ini ada peralatan x-ray, pesakit tak perlu pergi jauh dan rawatan segera dapat diambil. Sama juga dengan kemudahan ambulans yang perlu diambil kira demi kegunaan pesakit.

 

“Jadi saya harap isu naik taraf klinik kesihatan yang ada di daerah ini dapat diberikan perhatian sewajarnya demi kemudahan kesihatan penduduk terutamanya warga emas dan kanak-kanak,” katanya kepada Sinar Harian.



                                                 Gesa naik taraf klinik kesihatan
                                             

        

Kemaskini pada 2017-01-03 10:30:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page