Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Kerani estet maut kemalangan

Wartawan Utusan Online II 05 Disember 2016

 
        

 

IJOK – Hasrat seorang kerani estet untuk pulang ke rumahnya tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 29 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, kelmarin.

 

Mangsa, B Thamil Mani, 32, dipercayai menunggang motosikal dari arah tempat kerja di Estet Elmina, Saujana Utama untuk pulang ke rumahnya di Ladang Sungai Tinggi, Bestari Jaya.

 

Motosikal jenis Yamaha SRV ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan dengan jenis dan nombor pendaftaran tidak diketahui yang memotong dari arah belakang.

 

Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh di laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah Proton Wira dari arah Kuala Selangor menghala ke Kuala Lumpur.

 

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah mengesahkan menerima laporan kemalangan terbabit dan memaklumkan kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

“Kes disiasat oleh Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Selangor, Inspektor Mohd Fahmi Ahmad dan kerjasama saksi kejadian diperlukan bagi membantu siasatan.

 

“Polis masih mengesan kenderaan dipercayai sebuah kereta yang bergesel dengan motosikal mangsa sehingga menyebabkan kemalangan dan siasatan masih giat dijalankan," katanya.

 

Tambahnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau ke IPD Kuala Selangor untuk berkongsi maklumat.


                                               Kerani estet maut kemalangan
                                             

        

Kemaskini pada 2016-12-19 11:13:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page