Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Rangka kereta, tong minyak halang air laut melimpah

Wartawan Sinar Harian II 17 Oktober 2016

 

KUALA SELANGOR - Penduduk Bagan Sungai Janggut, Jeram di sini, menjadikan rangka kereta dan bekas tong minyak sebagai benteng menghalang air laut melimpah ke kawasan kediaman mereka berikutan fenomena air pasang besar.
    
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Tham Tian Hock, 56, berkata setakat ini benteng berkenaan mampu mengekang limpahan air laut akibat fenomena itu yang masuk hari kedua hari ini.

"Benteng ini didirikan sejak tiga hari lepas...ini sahaja yang mampu kami buat sebagai persediaan dan langkah berjaga-jaga bagi mengawal limpahan air laut.
    
"Semalam air laut tidak naik sampai ke darat tetapi bermula awal pagi tadi air melimpah hingga ke pekarangan rumah penduduk. Sungguhpun begitu, air tidak melimpah dengan banyak sebab dihalang oleh benteng ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
    
Beliau bagaimanapun berkata, penduduk kampung tetap berwaspada dan bersiap sedia berpindah ke pusat pemindahan banjir sekiranya benteng itu pecah, sekali gus tidak mampu menahan air laut daripada melimpah ke kawasan perumahan.
    
Seorang penduduk kampung, Ng Lan Heng, 53, berkata, air pasang besar yang bermula kira-kira pukul 5 pagi tadi telah menyebabkan kawasan pekarangan rumahnya dinaiki air.
    
"Air pasang besar hari ini telah naik ke pekarangan rumah sehingga paras buku lali...air itu turut menyebabkan tebing sungai terhakis.

"Kami bimbang jika air naik lebih tinggi esok. Jadi sekarang kami telah kemas barang penting dan barangan elektrik juga kami telah letakkan di tempat tinggi," katanya.
    
Sementara itu, di Sabak Bernam, penduduk tempatan mendakwa ban yang tidak diselenggara dengan betul menyebabkan berlaku banjir di beberapa kampung di daerah tersebut.
    
Mohd Nor Isa Othman, 55, dari Kampung Sungai Tengar berkata, ban di kampung berkenaan yang rosak kira-kira empat tahun lepas pernah dibaiki Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), namun ia rosak kembali beberapa bulan kemudian.

"Saya harap JPS akan gunakan bahan yang lebih kukuh untuk membina ban di sini, bukan hanya menggunakan tanah," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ayer Tawar.

Seorang lagi penduduk yang ditemui di pusat itu, Nor Asmah Ahmad Keliwon, 47, pula berkata kebiasaannya fenomena air pasang besar tidak menyebabkan banjir teruk di kawasan rumahnya, namun pada tahun ini, beliau terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sebanyak dua kali. - Bernama

                                                   Rangka kereta, tong minyak halang air laut melimpah


Kemaskini pada 2016-10-28 13:57:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page