Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Promosi usaha pulihara rumah api

Wartawan Sinar Harian II01 September 2016

 

KUALA SELANGOR – Pengendali radio amatur mampu mempromosikan agenda pemuliharaan rumah api di negara ini, di samping berpeluang berkomunikasi dengan 215 stesen radio amatur.

 

Ketua Stesen Radio Amatur Rumah Api Altinsburg Bukit Melawati, Azwan Ariffin berkata, Kelab Radio Amatur Hulu Selangor (Husar) diberi kepercayaan mengendalikan stesen radio amatur Rumah Api Altinsburg Bukit Malawati tahun ini.

 

Menurutnya, setiap rumah api yang mengambil bahagian mempunyai isyarat panggilan (call sign) radio amatur masing-masing sebagai tanda pengenalan dan mendapat kerjasama Jabatan Laut Malaysia.

 

“Bagi stesen radio amatur Rumah Api Altinsburg Bukit Malawati, kami menggunakan call sign 9M4LHB (disebut Nine Mike Four Lima Hotel Bravo) selain dapat berkomunikasi dengan stesen radio di rumah api lain atau milik persendirian dalam dan luar negara.

 

“Aktiviti ini juga mempromosi dan menyokong pemuliharaan rumah api sekali gus boleh dikatakan kami ini (operator radio amatur) sebagai duta negara di udara,” katanya kepada Sinar Harian sempena Minggu Rumah dan Kapal Api Antarabangsa (International Lighthouse Lightship Weekend - ILLW) di Rumah Api Altinsburg Bukit Malawati Kuala Selangor.

 

Pada program itu, seramai 35 pengendali radio amatur negeri ini menjayakan aktiviti tahunan dijalankan setiap hujung minggu ketiga Ogos itu yang berlangsung dua hari satu malam serentak di seluruh dunia.

 

Azwan berkata, terdapat tujuh lagi rumah api seperti di Jugra, Tanjung Tuan, Pulau Undan, Miri, Pulau Pinang dan Tawau turut mengambil bahagian selain 471 rumah api yang lain di seluruh dunia.

 

“Sepanjang program ini berlangsung, kami berjaya menghubungi sebanyak 215 stesen radio amatur dalam dan luar negara termasuk beberapa stesen rumah api dari benua Oceania, Eropah dan Amerika.

 

“Maklum balas daripada orang ramai terhadap aktiviti ini sangat memberangsangkan dan berharap aktiviti seperti ini dapat memberi input mengenai peranan yang dimainkan operator radio amatur,” katanya.

 

Promosi usaha pulihara rumah api

  


Kemaskini pada 2016-09-05 10:55:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page