Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Suri rumah rentung, rumah terbakar

Wartawan Sinar Harian II 04 Mac 2016
 
   

 

TANJONG KARANG – Seorang suri rumah rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Parit 2, Sungai Burong kira-kira jam 10 pagi, tadi.

Mangsa, Khalijah Yahya, 55, yang mempunyai empat anak itu ditemui rentung hampir 80 peratus selepas terperangkap di dalam rumah.

Mangsa yang ketika kejadian berada di luar itu dikatakan masuk semula ke dalam rumah dipercayai cuba menyelamatkan dokumen penting bagaimanapun terperangkap dalam asap tebal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata, pihaknya menerima laporan orang awam  pada jam 10.01 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Jentera bomba tiba pada jam 10.05 pagi dan ketika itu api sedang marak dan membakar hampir 60 peratus rumah.

"Kami sedang giat memadamkan kebakaran,” katanya.

 

                                                      Suri rumah rentung, rumah terbakar

   

Kemaskini pada 2016-03-12 09:53:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page