Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Sisa kilang punca ikan mati

Wartawan Sinar Harian II 07 Februari 2016
 
   

 

BESTARI JAYA – Lebih 70,000 benih pelbagai jenis ikan yang dilepaskan di Sungai Selangor, Kampung Rantau Panjang, di sini setahun lalu turut musnah akibat pencemaran yang menyebabkan hasil ikan terdampar sejak tiga hari lalu.

Lebih teruk, pencemaran didakwa akibat sisa toksid amonia yang didakwa berpunca kilang berhampiran menyebabkan 38 nelayan darat di kawasan itu hilang punca pendapatan hampir RM100,000.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim menjelaskan, pencemaran sungai itu mula dikesan apabila lebih ribuan bangkai ikan timbul di sepanjang sungai.

“Nelayan mendakwa, permukaan sungai yang berbuih putih dan berbau itu dikesan daripada sisa buangan saliran kilang dari Bukit Tagar menghala ke Sungai Selangor di kawasan ini.

“Sayang sekali hasil ikan yang besar-besar mati dan nelayan pun tak dapat nak jual hasil…lagi sedih bila benih ikan yang dilepaskan di sungai ini musnah begitu saja,” katanya selepas meninjau Sungai Selangor di Kampung Rantau Panjang itu bersama Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Ishak Haron dan sebahagian nelayan yang terjejas.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor itu memandang serius isu pencemaran sungai ini sehingga mengundang persepsi negatif yang kononnya hasil ikan Sungai Selangor bahaya untuk dimakan.

“Bila viral yang kata ikan tak selamat, saya jadi sedih sedangkan Sungai Selangor menjadi tumpuan pelancong dan kaki pancing kerana kaya dengan hasil udang dan pelbagai jenis ikan.

“Hasil tinjauan saya tadi (semalam), masih ada nelayan dan kaki pancing yang cari rezeki di sepanjang sungai dan ini bermakna, hidupan sungai selepas pencemaran itu masih selamat untuk dimakan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai penguatkuasaan, Irmohizam menegaskan, kerajaan negeri perlu bertanggungjawab dan menjalankan siasatan secara menyeluruh bersama agensi berkaitan.

“Saya juga desak agensi termasuk Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perikanan mengambil tindakan segera bagi mengelak pencemaran sungai menjadi lebih serius.

“MDKS perlu menguatkuasakan undang-undang dengan memastikan semua kilang di sepanjang Sungai Selangor di bawah kawasan pentadbirannya tidak membuang sisa toksid.

“Jabatan Perikanan Selangor diminta bantu melepaskan semula benih ikan baung, patin serta keli,” katanya.

 

                                                Sisa kilang punca ikan mati

   

Kemaskini pada 2016-02-12 17:26:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page