Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Kuala Selangor Semakin Menjadi Pilihan

Wartawan Utusan Online II 05 Januari 2016

 
   

 

MEMANDU menyusuri bandar Kuala Selangor pada hujung minggu pastinya memerlukan kesabaran berikutan laluan utamanya dipenuhi kenderaan.

Namun, senario sedemikian tidak menghairankan kerana daerah ini yang berkeluasan 2,162 hektar semakin ramai dikunjungi terutama warga Lembah Klang selain mula menjadi pilihan untuk didiami.

Bukit Malawati, Cendol Bakar dan Aroma Ikan Bakar, pastinya tidak lengkap kunjungan ke Kuala Selangor jika tidak singgah ke lokasi-lokasi tersebut.

Kepada wartawan Utusan Malaysia, ZABRY MOHAMAD MADZLAN dan jurugambar, SAHARUDDIN ABDULLAH,

Pegawai Daerah Kuala Selangor, SHAMSUL SHAHRIL BADLIZA MOHD. NOOR menceritakan serba sedikit kenapa daerah itu semakin menjadi pilihan ramai sama ada untuk menetap atau sekadar makan angin.

 

UTUSAN: Bagaimana tuan melihat perkembangan kemajuan daerah ini?

SHAMSUL SHAHRIL BADLIZA MOHD. NOOR: Dahulu jika sebut Kuala Selangor, orang akan membayangkan­ daerah ini sebagai kawasan pertanian atau luar bandar. Tetapi itu 10 tahun lalu kerana sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, kita dapat lihat Kuala Selangor merupakan salah satu pilihan untuk didiami berikutan limpahan projek-projek perumahan dari kawasan bandar seperti Shah Alam dan Klang.

Kawasan seperti Puncak Alam, Saujana Utama, Jeram dan pusat bandar Kuala Selangor sendiri, sudah banyak rumah dibina untuk menampung permintaan pengguna.

Selain itu, kemudahan asas seperti­ Lebuh Raya KL-Kuala Selangor­ (Latar) telah memendekkan jarak perjalanan antara daerah ini dan Lembah Klang sekali gus memudahkan orang ramai berulang-alik. Kita dapat lihat pada hujung minggu dan cuti sekolah, laluan utama di sini sesak dengan kenderaan kerana sudah ramai orang tinggal di Kuala Selangor.

 

Apakah ikon menarik di Kuala Selangor?
Ada tiga ikon utama yang menjadi tarikan pengunjung iaitu Bukit Malawati, perkampungan kelip-kelip dan inap desa.

Bukit Malawati sudah dinaik taraf sebagai pusat pelancongan. Banyak sejarah di situ, Muzium pun sudah ada bagi menambah tarikan pelancong. Perkhidmatan tram juga disediakan bagi mengangkut­ pengunjung. Setiap hujung minggu­ dan cuti sekolah, kita dapat lihat ramai pengunjung. Turut menarik minat pelancong ialah kawasan kelip-kelip. Bukan setakat Pusat Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Kuantan, sekarang sudah ada kawasan baharu untuk melihat kelip-kelip iaitu di Pasir Penambang. Inap desa pula banyak di Sungai Sireh dan sekitarnya.
 

Adakah Kuala Se­langor­ mampu menjadi antara destinasi utama pelancongan di negeri ini?
Buat masa ini, kita bekerjasama­ rapat dengan­ Tourism Selangor untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong. Selain, tiga ikon pelancongan, Kuala Selangor juga terkenal­ dengan makanan. Sejak akhir-akhir ini, orang sering­ menyebut tentang Cendol Bakar, Cendol Borhan. Juga dikenali restoran-restoran makanan laut seperti Aroma Ikan Bakar di Jeram.­ Ada banyak lagi pengusaha makanan memperkenalkan hidangan yang lain daripada lain.

Selain itu, kita juga ada Hutan Paya Gambut Raja Musa yang sering­ dikunjungi pelancong asing termasuk orang kenamaan. Baru-baru ini, Duta Hungary ke negara ini dan bekas Perdana Menteri New Zealand datang untuk program tanam pokok. Ini ikon terbaharu Kuala Selangor. Dahulunya ia adalah kawasan pembalakan namun dengan kerjasama Jabatan Perhutanan sejak 2008, kita membaik pulih selain untuk memulihara alam sekitar, juga untuk pembelajaran golongan muda dan kanak-kanak.
 

Kenapa tuan berpendapat sedemikian?

Kuala Selangor dekat dengan Lembah Klang. Justeru, setiap kali hujung minggu, warga kota yang ingin bercuti sambil melihat alam semula jadi, semuanya ada di sini walaupun tiada tempat mandi-manda popular. Hotel bajet pun sudah banyak yang menawarkan pakej menarik. Berdasarkan maklum balas daripada pengusaha hotel bajet, pada setiap hujung minggu­ tempat mereka penuh dengan pelancong.
 

Apakah usaha pihak tuan untuk memberi penambahbaikan kepada daya tarikan pelancongan yang ada?

Kuala Selangor merupakan penempatan­ awal kesultanan. Sultan Selangor pertama hingga ketiga dimakamkan di sini. Tempat-tempat sejarah ini perlu dipelihara. Kita sentiasa bekerjasama dengan Tourism Selangor, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi lain. Bagaimanapun, tempat-tempat menarik di sini perlu dinaik taraf bagi menarik lebih ramai pengunjung tetapi ia melibatkan kos yang tinggi. Kalau ini dapat dilaksanakan, insya-Allah, lebih ramai pelancong berminat datang ke sini.
 

Kuala Selangor merupakan antara kawasan yang sering dilanda banjir kilat. Adakah masalah ini boleh menjejaskan kedatangan pelancong?

Memang daerah ini kerap dilanda banjir tetapi ia tidak melibatkan kawasan tumpuan ramai. Lagipun projek HORAS (Hybrid Off River Augmentation System) bertujuan menampung limpahan air sungai dan untuk kegunaan orang ramai apabila siap tidak lama lagi (2016) dijangka mampu menyelesaikan masalah banjir. Kita juga bercadang menjadikan kolam HORAS sebagai salah satu tarikan pelancong.
 

Apakah harapan dan impian terhadap Kuala Selangor?

Saya mahu jadikan Kuala Selangor­ sebagai daerah paling selamat dan selesa didiami. Saya juga harapkan Kuala Selangor menjadi tempat tarikan pelancong terutama dari Lembah Klang, sama ada untuk menikmati alam sekitar atau menjamu selera pelbagai hidangan yang unik.

                                       image
                                             

   

Kemaskini pada 2016-11-11 16:46:50 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page